TuneList - Make your site Live

12/27/2015

Matlamat


Kenapa blog?

Sebab aku rasa sini lebih sunyi dan diam, jadi aku lagi selesa berkongsi perkara tertentu dan bebel di sini dari tempat lain, hiks.


...

Tuan- tuan dan puan- puan kena faham, hidup ini sangat lah tidak menarik kalau tidak berkeinginan untuk mencuba sesuatu perkara baru dan cuba menguji paras mana kemampuan yang kita miliki. hiks

....

Dalam satu minggu ni aku rasa aku memang dah transform jadi zombie ohh, bangun awal mengadap buku, tidur lewad kerana mengadap buku jugak dan kitaran ini akan berulang selagi final exam tak tamat.

Makan pun aku tak tahu aku makan apa, kah!. Menu paling cepat nak masak semestinya sup ayam, so aku masak sup ayam pada waktu pagi untuk makan tengah hari dan makan malam. Mudah dan senang tak payah fikir nak masak apa dah.

Kalau lapar, aku sediakan stok coklat sebelah aku, telan saja bila bila masa rasa lapar.

Setakat ini, aku rasa antara subjek yang mencabar ialah taxation. Mungkin aku agak last minit untuk memahamkan semua oleh kerana dalam kelas taxation aku pergi berangan banyak, hiks (Maaf miss, ampun)

Satu soalan, aku ambil masa agak 6 dan 7 jam untuk faham selok belok soalan dan jawapan. Taxation agak berlainan dengan FAR (finacial accounting and reporting). Nak ubah sikit akaun FAR tak serumit taxation, cuma basic debit dan kredit kena kuat. Dengan kata lain, akaun masuk dan keluar, kena terus on the spot tahu mana debit mana kredit, tak boleh tergagap dah. Kalau tergagap lagi serius sakit.

Baik- baik aku kasi contoh.

Kertas Bhd issue 1 000 000 ordinary shares and 500 000  preferences shares to public. They receive 1 000 000 unit of Ordinary Shares and 600 000 unit of preference shares.

Kertas Bhd receive 1 000 000 application of OS and 500 000 application for PS, The director decides to reject another 100 000 unit of PS.

Ordinary Shares
Par value : RM 1
Issue price : RM 1.50

Preferences shares
Par value : RM 2
Issue price : RM 1.50

Maksudnya, Kertas Bhd promote dekat public untuk jual share sebanyak 1 million unit OS dan 500 000 unit PS

Jadi, pertama sekali, kena faham akaun yang akan terlibat dalam proses keluar masuk ini ialah capital, bank dan akaun sementara ialah application.

Akaun pertama ialah capital, Bila jual shares, duit akan masuk, so capital akan meningkat. Automatik,

Debit : application OS and PS
Kredit : OSC and PSC

(Ini contoh ye, aku gabungkan terus akaun PS dan OS)

Tapi, taxation bukan macam ni T_T.

Contoh kena compute tax payable Mr Awang.

Kena tengok Mr Awang ini buat bisnes sendiri atau kerja makan gaji. Kalau bisnes sendiri automatik fall under section 4(a), kalau ada salary, automatik section4(b)

then dalam kehidupan seseorang, kadang2 ada buat donation, ada beli kereta, ada dapat kereta, ada dapat gratuity dan macam macam lagi lah, itu yg merumitkan. Kena cek satu persatu ada exempted tak,dapat relief tak? berapa deduction boleh dapat? Semua kena ingat, daripada itu, aku rasa taxation agak merumitkan. Lepas dapat kira jumlah 'chargeable income', jumlah yang layak dikenakan cukai. Dari situ dah boleh semak, berapa cukai yang akan dikenakan kepada seseorang.



Corporate Law


Taxation






Nah, aku belanja dua lagu favourite, boleh tahan icon ni 



Okay, Semoga urusan semua dipermudahkan, Ameen :)

Cheer :)




12/14/2015

Social Entrepreneurship


Hye :)

Tak boleh tidur lagi ohh, aku tengah baiki lagi report berkenaan TNLP, nak kasi lebih kemas dan teratur, Lect pula hendak sesuatu yang berkenaan dengan nilai- nilai kemanusiaan dan kritikan sosial, jadi aku perlu buat penambahan lagi sebelum print final report dan submit kpd lect.

p/s dah settle assg tax, untuk research lazada pun dah settle

p/s kan bagus, untuk report law, kalau boleh dicairkan kepada bahasa melayu, senang sikit aku nak goreng dengan ayat- ayat bombastik. tssk tsssk


I'm learning.




12/05/2015

Keheningan Malam


Hye :)

Aku masih lagi bertapa di hadapan laptop, ditemani televisyen yang masih menayangkan Movie 'Eddie's Million Dollar Cook Off', menyiapkan beberapa kerja yang tertunggak.

1. Social Entrepreneur TNLP

Secara asasnya, draf report untuk TNLP aku dah siapkan, untuk final report aku tak submit lagi pada lect, tunggu dia semak dulu draf yang aku kasi.



2. Research e-Commerce websites

Aku dan kawan- kawan pilih untuk buat research tentang LAZADA, report aku buat bahagian 'personalize and customization product' saja, part presentation dan slide aku ambil tugas bahagian ni. Wish me luck!


3. TAXATION

Aku tak siap lagi assignment taxation, minggu depan submit weh T_T


(Sebenarnya, aku agak rilex sem 3 sebab dah kaver banyak subjek yang banyak projek waktu shortsem)


wish me luck!


Annyeong :)



11/29/2015

Hati hati


Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu
Ku rasa bimbang
Untukmu.


11/25/2015

Deactive


Aku rasa aku dah merapu dah dekat twitter, dulu aku berjaya didik diri jgn tweet unsur unsur emosi atau rt perkara jiwang yang lara.

Macam mana otak aku bengap sekarang sampai memulakan balik apa yang aku usaha utk berhenti?

Keluh kesah kejap.


11/23/2015

Menguji kemampuan


Untuk mendaki sesuatu kejayaan, bohonglah kalau kita katakan tuntutan waktu tidak sama sekali terlibat dengan proses pendakian kita. Cuma, lipatan masa itu seakan pantas berlalu seolah- olah kita tidak menyedari apa peristiwa yang mengelilingi kita sepanjang pendakian kita.

ye dok?

Tajuk 'menguji kemampuan' ini buat aku terimbas kembali beberapa tahun yang lalu ohh, sambil tersengih sikit, aku pernah duduk tepi koridor termenung buntu memikirkan jalan- jalan penyelesaian, selepas beberapa tahun itu, sekali lagi, aku berlari duduk di atas tangga keseorangan, menangis dalam keadaan sugul, masih memikirkan lagi topik yang sama.

hahah.

Alhamdulillah :)


11/16/2015

Ruang Lingkup Pertama dan Kedua


Dalam ruang lingkup pertama, atau mungkin dalam skop perjuangan, aku tidak berkeinginan untuk menafikan dan membidas isu 'tanggungjawab' atau 'peranan'.

Namun, kuasa pilihan masih lagi berada dalam genggaman setiap persona kan?


Dalam ruang lingkup kedua, atau juga dalam skop 'tanggapan', aku tidak berkeinginan untuk membidas tetapi aku masih boleh menafikan. Membidas dan menafikan kadangkala membawa sesuatu situasi menjadi lebih parah dan sukar diselesaikan.

Dan aku masih berbuka hati untuk menghulurkan tangan seandainya hempapan jadam kesusahan datang menyebulungi :)

...


Semestinya, aku meletakkan perbezaan antara ruang lingkup pertama dan kedua dan semestinya, jarak perkaitan mereka terlampau besar, biar. Aku malas ingin mengulas dengan lebih lanjut.

Apapun, aku masih boleh meletakkan persamaan antara ruang lingkup pertama dan kedua. Sebenarnya aku sendiri keliru dan tidak memahami adakah aku berlari atau mengelak untuk  berhadapan dengan sesuatu.


Biarlah, kerana pengalaman baru akan sentiasa hadir untuk memberi ibrah dan mematangkan lagi pemahaman pemikiran manusia.


kan.






11/10/2015

Bak kata Mat Luthfi


Eyh, pernah tengok video mat luthfi tak?

haha

Sini, aku quotes dia punya komentar.


"I'M SORRY, I CANNOT MEET YOUR EXPECTATION. YOUR EXPECTATION IS TOO BIG LIKE 1MDB DEBTS"

kah kah kah kah.

Cheer.
Selamat malam dunia yang didandani bulan dan bintang :) (Eyh, Eyh, hujannnn)




Minggu yang melesukan


Hye :)

Aku boleh kategorikan minggu ini ialah minggu yang melesukan. Aku takda mood nak pergi kelas (Ponteng dua kelas) dan esok, aku bakal ponteng satu lagi kelas.

Keluh kesah.

Dan aku diselubungi tekanan yang tidak dapat dikenal pasti, ouh, berikan lah aku tidur yang nyenyak (Sambil merayu- rayu)

Berita buruk ya,

Aku terpijak cermin mata aku sampai patah, dan aku kehilangan cermin mata aku yang entah ke mana, nergh, pergi buat cermin mata baru dan kos, alahai kos, nangis lagi.

Dan gigi bongsu sebelah kiri buat hal sampai membengkak selama seminggu, aku tak dapat bukak mulut untuk mengunyah, menguap, dan arrrrrrh, sakit weh, sakit.

p'/s : Aku rasa otak aku membengap, ye dok?


p/s: dan aku sempat pergi dapur jadi suri rumah tangga yang tak bertauliah lagi, (sengih kejap)



Tadaaaaaaaaa, akhirnya menjadi baq hangggg





11/08/2015

Suri Rumah Tangga yang Berjaya


Annyeong :)

Aku sentiasa terfikir bila nak update blog, tapi asyik bertangguh itu ini, (padahal tak lah sibuk mana pun, kerja mereput ja, kah!)

Ceritanya sejak menyewa rumah dan sejak dihimpit kos hidup yang tinggi, aku membiasakan diri belajar memasak di rumah.

Haha, di sini ada Jue, Sarah dan Nad sebagai cikgu memasak yang berjaya, gamak pening sangat, aku whatsapp ibu tanya resepi itu ini. (Sebelum dapat resepi dengar lah dulu bebelan ibu tentang betapa pentingnya skill rumah tangga dan bla bla bla, ya baik ibu, saya menurut perintah)

Betul lah, 'practice makes perfect' Kalau dulu tangan aku macam tak terbiasa dengan pisau, nak mengagak rasa pun macam serba salah, sekarang main campak ja, Asalkan ada rasa? Ye dok? kah!

Lepas habis memasak konfem lah kena mengemas rumah kan? Aku tak tahu lah aku melabur banyak mana beli pewangi lah itu lah ini lah untuk rumah ini, ada ala ala suri rumah tangga yang berjaya dok?

Hahah, merepek Iman, merepek

P/s : Ulang kaji jangan lupa Iman, ingatlah betapa susahnya perjalanan anda sampai lah ke tahap ini :)

Ooo Allah, Thank you for everything. Alhamdulillah :)

Jendela


Jendela itu masih lagi terbiar lesu
Angin hadir tersenyum sambil sayup- sayup memanggil
Sayup- sayup memaparkan beribu ribu ibrah
Dan jendela itu masih lagi terbiar menyedihkan

Angin yang menghembus dibiarkan sepi tanpa gasakan lidah
Angin yang membelai masih mendayu- dayu berbunyi gemersik
Dalam ruangan jendela yang berhabuk, menyedihkan.

10/03/2015

Biasa


Kawan- kawan aku dah masak dengan perangai aku yang suka dengar rentak lagu pelik- pelik tapi untuk satu lagu ini asalnya aku tertarik dengan rentak tetapi aku rasa aku mula cenderung dengan lirik lagu pulak.

...

Biasa

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Bila lagi boleh rasa?
Mahu hidupku selesa
Janji bahagia
Sudah cukup sempurna

Bila lagi boleh bawa
Pusing satu dunia
Duit tak punya
Akanku cari juga

Oh bagaimanapun 
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun 
Aku dapatkan 
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah untuk kau
Oh sudah biasa

Jangan risau aku cuba
Buat kau senyum semula
Tak seberapa
Cukup untuk semua

Aku masih perlu masa
Selesaikan segalanya
Untuk mu

Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan 
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah untuk kau
Oh sudah biasa

Mana tahu dalam terang ada jalan
Siapa cerdik tambah kuat kan bertahan
Pecut kuasa kuda tinggal yang perlahan
Jangan risau semua, pagi tadi aku sarapan

Terima kasih, kasih diterima
Belajar sampai tua. hidup berseminar
Aku buat sejarah, saksikan peristiwa
Senang lenang aku tenang, mama mia

Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah untuk kau
Oh sudah biasa

-Biasa,Zahid feat VIRAL

...

"Weh, kau bukak youtube nyanyi lagu ini sensorang?" Sergah sarah dari belakang. "Hahahahahahahahaha, kelakar weyh kelakar" Dia menyambung lagi sambil ketawa terbahak- bahak.


...

Selamat malam gaissss :) 

Menangis


Aku baru lepas tarik mask vietnam, ceritanya mask vietnam memang tarik habis semua whitehead yang bertapa di muka.

Sebab aku biar kering sangat, waktu nak tarik keluar mask dari muka, pergh, sakit weh,

menangis.

Bak kata nad, "Beauty is pain"

Menangis lagi, tssk tssk.


10/01/2015

Sombong


Malam yang hening.

Sepi.

"Sunbae, tahu tak apa perkara yang paling kelakar?"

"Apa?"

"Perkara yang paling tipikal apabila orang putus cinta ialah mereka berpandangan 'single lebih baik dari berpasangan' ' tak guna bercinta tanpa ikatan yang sah'  'Fokus kepada ibu bapa baru fokus kepada pasangan'

Amboi, dulu bercinta tak terfikir pulak dan perkara sebegitu dijadikan satu alasan sekarang, heh" IA berkomentar lantas mendengus kuat, dia masih lagi menggerutu perlahan merenung nota akaun di hadapannya.

Sunbae seperti biasa, ketawa sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

"Hahah, biasalah. Pada pandangan mereka, putus cinta ini bagaikan jalan pulang kepada Tuhan, seolah- olah bercinta itu antara dosa terbesar yang telah dilakukan. Bagi mereka, bercinta tanpa ikatan yang sah itu bagaikan kesalahan yang menyimpang dari agama"

IA yang mendengar masih lagi mendengus, dia sudah berhenti melakukan kira- kira akaun pengurusan, fokus.

"Dulu, bukan main lupa tapi sekarang, rasa lebih tenang selepas berdoa semua, herm. Kelakar,"

"Kerana itu pemikiran mereka, Mereka beranggapan bercinta itu salah kerana waktu bercinta mereka lupa akan Tuhan" Ulas Sunbae lagi, dia masih sabar.

"Kena la seimbangkan dua perkara itu, mana boleh persalahkan fitrah manusia yang berperasaan. Manusia sepatutnya salahkan diri kerana angkuh." IA membidas dengan penuh emosi.

"Ya, memang begitu. Tetapi perkara itu menjadi fitrah manusia apabila mereka dalam keadaan lemah, mereka akan mengharapkan sesuatu kuasa untuk mengubah keadaan, mengubah keadaan dari kekecewaan kepada ketenangan," Dia berhenti seketika sebelum menyambung semula berkomentar. "Mengharap itu sesuatu fitrah manusia, normal. Apabila gembira, manusia akan lupa akan Tuhan dan sebaliknya apabila sedih, mereka akan kembali kepada Tuhan"

"Tahu, aku pernah berfikiran sebegitu dahulu,"

"Ya, kita sama. Kita pernah lupa dan alpa suatu ketika dahulu. Biasalah manusia dan sikap alpa, kan?" Sunbae persoalkan semula sambil tertawa kecil.

....

IA menghentikan perbualan itu seketika lantas mengeluh lagi. Rasa pedih ditampar sesuatu yang abstrak mencengkam benak tanpa kasihan.

Kau tahu? Apabila sifat sombong hadir tatkala kita terlampau faham akan sesuatu?
Kau tahu? tatkala rasa rendah hati hilang sampaikan kita lupa untuk menolong manusia memahamkan sesuatu, tetapi kita bersama berterusan alpa ikut mengejek dan menceceh.

Berbeza tetapi sebenarnya sama.

Diam.












9/26/2015

Tuntutan Masa


Aku mempertimbangkan perkara yang dibangkitkan agak lama dan mula meneroka serta membilang beberapa perancangan yang perlu dilaksanakan kelak.

Masalah akan berlaku apabila 'expectation' yang dipantulkan ke muka berada pada paras yang tinggi dan, aku masih lagi mengangkat bahu menggelengkan kepala tidak tahu.

Perancangan yang aku cuba terapkan masih lagi berada dalam pandangan kekaburan kerana aku sendiri tidak mengerti dan mungkin, aku perlukan sedikit usaha untuk cuba memahami betul- betul seluruh permasalahan dan situasi yang mencengkam.

Apa yang aku dapat lihat dengan jelas sekarang ialah tentang bintang bintang yang ingin aku gapai, mungkin, menggunakan sayap yang aku cipta sendiri semua permasalahan yang mencengkam itu terlerai sendiri, sedikit.

Kenapa mungkin?

Kerana apa yang berlaku sekarang memerlukan tuntutan masa dan kesabaran yang tinggi.

Cheer :)






9/25/2015

Pilihan


IA masih lagi berbaring termangu keseorangan, novel yang sepatut dibacanya masih lagi dibiarkan sedih, tergeletak di satu sudut ruang di katilnya.bersepah.

Dia merenung kipas dinding yang berpusing sambil mengangkat tangan kanannya lantas membilang lima jari satu persatu secara berulang.

Sekali lagi dia terbaring lantas mengeluh entah ke berapa kalinya. Benarlah. Hidup ini berkenaan dengan pilihan. Pilihan yang perlu diadun bersama rencah sabar untuk digaul sebati supaya membentuk satu resepi yang lengkap, hasil yang mapan.

Sekali lagi, jam menunjukkan pukul 2.23 pagi.


Bosan.




9/20/2015

Kejatuhan


Selama 20 tahun aku hidup, ada satu kejatuhan yang paling teruk yang pernah aku alami sampaikan okay, tak mampu nak bayang sebab kesakitan itu pergh, jatuh yang memang jatuh. berminggu jugak aku bertapa sebagai zombie.

Aku ingatkan itu kejatuhan pertama dan terakhir aku. Pergh, aku kena ucapkan selamat datang kepada kejatuhan yang kedua.




Beringat


Manusia selalunya akan beringat apabila terdapat kejadian yang dia merasakan 'dia tidak sepatutnya', diulang. 'dia tidak sepatutnya' melakukan sesuatu perkara atau membuat pilihan tentang sesuatu perkara.

Ekoran daripada kesalahannya, dia akan menempelak dirinya sendiri kerana 'melakukan sesuatu', kerana berfikiran sebegitu untuk 'melakukan sesuatu' tetapi sayang, dia sendiri sudah tidak dapat memperbetulkan dan memulihkan sesuatu atau memutar masa untuk mengelakkan sesuatu.

Pernah mengalami?

Tenang ohh.

Waktu aku berusia 12 tahun, aku dan entah lah berapa orang sama turut serta rombongan ke Kuala Lumpur dan Melaka. Aku ingat lagi kejadian itu berlaku di Bandar Hilir Melaka weh. Ayah aku pinjamkan handphone dia untuk kegunaan aku, well, zaman itu belum ada android, masih lagi di tahap nokia, tetapi waktu itu nokia milik ayah aku bernilai RM6++,

Hendak dijadikan cerita, aku teruja mengambil gambar menggunakan handphone itu dan entah tiba- tiba, tali kasut aku terurai sendiri, Seingat aku dalam keadaaan yang sesak itu, aku meletakkan handphone itu di sebelah dan aku mencangkung mengikat tali kasut tanpa mengesyaki apa yang aneh dan dalam keadaan terlupa, aku bangun berjalan dengan riang- ria. (Rasa nak buat emoji smirk sambil menjulingkan mata ke atas) Tidak lama lepas itu, aku berniat untuk mengambil gambar lagi dan herm, faham- faham sajalah, handphone dah hilang+dicuri.

Macam mana aku tahu dicuri?

Aku telefon dan ada orang jawabkan, then, orang itu matikan balik.

Orite senyum, no, aku menangis teresak- esak waktu itu. (Aku syak kisah aku dijadikan tauladan kepada cikgu- cikgu untuk diceritakan kepada murid-  murid yang akan menyertai rombongan yang seterusnya. (-,=)

Selepas dari kejadian itu, sekarang aku sudah berumur 20 tahun, dah 20 tahun weh tapi kejadian itu masih lagi terngiang di dalam benak, tak kiralah di mana aku keluar di mana aku ingin bergerak dari satu tempat ke satu tempat, aku akan sentiasa check handphone masih ada dalam pegangan atau di dalam beg.

Nampak power tak kesan pengalaman yang tak mampu diulang atau dipatah balikkan itu?


Dan sekarang, rupa- rupanya aku ditipu dengan penjual shopping 09, RM 110 weh, herm. Baru tadi, aah baru saja tadi, aku dibiarkan bluetick  dengan mesej yang aku hantarkan dekat dia,

"penipu"








9/19/2015

Semalaman



Berbaring merenung gugusan bintang, indah.sambil menggoyangkan kedua- dua kaki, fikir.

Ketawa.

Senyum :)


(Hampir menuju wawasan 2020 ada lagi ke yang senyum di luar sakit di dalam? kah! hiks)


Selamat malam bumi yang didandani rimbunan bulan dan bintang :)



9/18/2015

Simbol


Clean.

...
The drought was the very worst
When the flowers that we'd grown together died of thirst
It was months, and months of back and forth
You're still all over me like a wind-stained dress I can't wear anymore
...

Aku pernah bermain dengan simbol masa lampau dahulu, yang memberi gambaran sesuatu kekeliruan yang menatijahkan tindakan yang membawa banyak kecacatan tetapi pada masa yang sama telah membentuk suatu identiti yang rigid, mungkin itu manfaat atau dengan erti kata lain,

'lari'

...
Hung my head as I lost the war, and the sky turned black like a perfect storm
...

Aku beranggapan setiap manusia mempunyai memori yang ingin dia nyahkan tanpa perlu mengambil tahu dari mana memori itu datang. Dia berpura- pura tidak pernah menempuh suatu fasa memori yang membentuk sesuatu situasi atau dengan erti kata lain,

'lari'

...
Rain came pouring down when I was drowning
That's when I could finally breathe
And  by morning gone was any trace of you
I think I am finally clean
...


Dan aku juga beranggapan ada sebilangan manusia yang cuba percaya mereka tidak perlu memadam setiap zarah yang terkandung memori, yang terlukis pada sebuah kanvas putih, kerana mereka percaya bahawa kanvas tersebut tidak perlu kosong atau suci dari titisan titisan warna yang sendiri mereka coretkan semasa memilih jalan jalan untuk melangkah setiap rencah kehidupan.


...
There was nothing left to do
When the butterflies turned to dust that covered my whole room
So I punched a hole in the roof
Let the flood carry away all my pictures of you
...

Ironi?

Ironi hanya akan hadir seandainya anda memilih jalan yang bertentangan daripada apa yang anda fikirkan.

Suatu pilihan yang membentangkan luas sebuah lagi jalan lain yang terus membawa kepada natijah yang lain.

...
The water filled my lungs, I screamed so loud but no one heard a thing
...

Tersenyum.

Dan kita tersenyum mengimbas semula semua simbol memori yang sedang memberikan jalan baharu untuk dilukiskan lagi kepada kanvas- kanvas yang lain.

Kanvas- kanvas itu akan sentiasa dicoretkan dengan warna, terpulanglah untuk kita memadamkan warna itu atau kita memilih untuk membentuk suatu lagi laluan yang baru.

'Pilihan'


...
Rain came pouring down when I was drowning
That's when I could finally breathe
And  by morning gone was any trace of you
I think I am finally clean
I think I am finally clean
Said I think I am finally clean
...


Kelakar itu akan hadir seandainya tafsiran kanvas itu hanyalah semata- mata tentang hati dan perasaan. Hey, tahun depan sudah 2016, masih ada lagi ya manusia yang tahu berfikir soal hati dan perasaan saja? Apakah? Cinta? Hahhh

Kita bercakap tentang simbol memori. simbol kehidupan. simbol pilihan.

...
10 months sober, I must admit
Just because you're clean don't mean you don't miss it
10 months older, I won't give in
Now that I'm clean I'm never gonna risk it.
...

Jalan yang terbentang masih lagi luas.


-Clean, Taylor Swift. 

9/17/2015

Sunrise


Kepagian :)

Tak la awal sangat bangun, hiks.

Jadi, apa perkara pertama yang perlu dibuat pada waktu pagi? Jangan lupa ambil sarapan okay kalau nak kekalkan metabolisme dalam badan (Sistur pasrah dan sedang berusaha kembali ke pangkal jalan)

Jangan lupa amalkan lemon suam, green tea, buah- buahan dan sayur- sayuran okay

Nampak tekad ye dok semata mata nak turunkan kolestrol? kah ~

Cheer guys :)


...
Searching for a way to escape madness
A dire need for change as we fight for better days
The hurt and the pain cut like a razor blade
Holding in a cry for love,abandoned and afraid
...

...
(From time to time,there arise among human beings, 
people who seems to exude love, as naturally as the sun gives out heat)



- Sunrise,Our Last night






9/16/2015

Radioactive


...
I'm waking up to ash and dust
I wipe my brow and I sweat my rust
I'm breathing in the chemicals
...


...
I'm breaking in,shaping up,then checking out on the prison bus
This is it, the apocalypse
Whoa
...

...
I'm waking up, I feel it in my bones
Enough to make my system blow
Welcome to the new age. to the new age
Welcome to the new age, to the new age
Whoa oh, oh Radioactive, Radioactive
Whoa oh, oh Radioactive, Radioactive
...

...
I raise my flag and dye my clothes
Its a revolution, I suppose
We're painted red to fight right in
Whoa, 
...

...
All systems go,the sun hasn't died
Deep in my bones, straight from inside
...


-Radioactive, Imagine Dragons








Kopak


Okay bohong, dengan bangganya tadi aku melalak tak nak bebel apa, sekarang aku terasa lagi nak membebel.

(Sambil mengunyah jeruk mempelam muda yang bercicahkan garam belacan buatan sendiri)

Untuk tahun pertama, UniKL yang uruskan hal sewa rumah, hal bayar utiliti semua, jadi aku hanya terperuk di PV20, dimanjakan UniKL tanpa didedahkan kos realiti hidup yang sebenar.

Sebenarnya tak ada lah senang sangat, penat jugak berjalan ke stesyen rapid bus, nak pergi YS pun kena bertukar dua rapid T_T

Sekarang dah masuk tahun kedua, dah tak dimanjakan UniKL, so aku dan sahabat, deal dengan owner rumah di Keramat.

Sebab, aku acah acah berstatuskan akauntan satu hari nanti, aku bukak buku akaun untuk diri sendiri kerana ketidakpandaian untuk menguruskan perbelanjaan sendiri.

Dengan bahasa mudahnya,

belanja > pendapatan .

Teruk kan? Aku dah cakap aku memang teruk pun.


-Sewa Rumah (selepas dibahagikan) : RM182
-Unifi ( selepas dibahagikan ) : RM31
-Bil air + elektrik : RM18, target
-Barang dapur : RM60, target
-Transport : RM40, pergi balik rapid bus


-Modal BY N.I.S. :RM140, untuk sebulan saja, keuntungan akan rolling balik untuk modal
-Transfer Bank Islam setiap bulan, (tabung kahwen, kah! k merapu) :RM100

Sekali aku masuk kelas taxation, miss lili cakap buku Taxation RM160 nergh, haprak


Zombie


Zombie ate your brain, wuarghhhhhhhhhhh- Plant and Zombie 2 (hiks)

Cuti shortsem yang lepas kau kira berapa lama aku terperuk mengadap game yang tak membawa satu haprak faedah langsung?

Okay, cer teka.

Aku tak ada apa yang nak dibebelkan sangat pada petang yang berjerebu sebegini, aku pun tak berkeinginan hendak bermain falsafah pada waktu sebegini dan juga tak berkeinginan untuk bercakap melalut pada saat ini.

Seolahnya aku ingin menggertak dan melaung

"Boleh pergi mampus semuanya" 

...

Hiks

Kebebasan untuk memilih ruang untuk berjalan, mungkin dalam ruang lingkup setahun lebih aku berfikir, memerah otak mencari jawapan tanpa perlu diganggu serangga serangga yang berbunyi mengganggu konsentrasi aku, aku rasa, jawapan itu sudah mula tertebar luas tersenyum melambai memanggil datang.


Sini aku datang.


8/02/2015

Digimon!


Weh! Aku lupa nak kongsi sesuatu nah,

kah kah kah (gelak tak ikhlas)

Dengan suka citanya Imanina berjaya mengumpul episod Digimon dari siri 1 sampai 3

hik hik hik ( gelak sikit )

Bertahun aku tunggu weh nak kumpul semua episod tuh,

Alkisahnya,

Untuk Impromptu Speech Business Com, kita kena pergi ke depan, soalan akan dikemukan, dan kita kena membebel tentang soalan itu di depan semua orang selama 5 minit.

"Who are your first crush?"

"I love to watch Digimon Series and having crush with the character there, Tai Chi and Yamato. I do love both of them and a little bit confusing either to choose Tai Chi or Yamato. 

But, On Digimon Series 2, Tai Chi love Sora but Sora love Yamato. Yah, there have been a triangle love"

Bla bla bla ... 

( Macam lancar saja kan cakap? takdanya, adik beradik gagap, nervous, blur datang bersatu waktu itu, ) kah kah kah (gelak tak ikhlas)

Dan sebenarnya,

"AAAAAaaaa, Sorry, I'm quite nervous.. Aaaaaaaaa Ermmmmm Errrrrrr"





Untuk formal Speech, aku pilih untuk bercerita tentang Harry Potter,

Ouh Ya, satu berita gembira lagi aku berjaya mengumpulkan ketujuh- tujuh buah buku Harry Potter Series tahun ni.

Hik hik hik (gelak sikit)

"Since everyone know I love to watch digimon, but besides digimon, I have one more kind of obsession to read Harry Potter Series.

Well, I love to read the novels many times and started collecting all the series since I am ten years old"

(Kali ni cakap lancar sikit, sikit ja lah ... )

I have all of them :)

Well, cheer :)




Paralyzed


Sedekah senyum sikit :)

Sebenarnya niat di hati aku nak menulis entri sejak raya lagi tapi entah, banyak kerja mungkin.

kah kah kah. (gelak tak ikhlas)

Ouh ya, Sebelum aku terlupa,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini :)

...

Have you had a million reasons why you wish you'd never seen the truth?
Have you looked into the mirror and the problem's staring back at you?

...

Aku sebenarnya tak lah beraya sangat. Raya ke-5 aku dah pulang ke Kuala Lumpur untuk shortsem,

Entahlah,

Aku berpendapat Kuala Lumpur bukan bandar untuk bersenang- lenang, kita hidup berdasarkan tujuan dan aku tak mengkhususkan tujuan dek setiap manusia mempunyai obligasi serta matlamat masing- masing.

Untuk Shortsem, kelas memang sangat padat dan penuh dengan projek. Aku banyak mengeluh sebenarnya kerana terlampau letih.

Dalam kelas pulak, lect asyik bagi projek untuk disiapkan dalam masa yang sangat singkat, Cuti pulak hanyalah hari Ahad semata- mata dan hari Ahad pulak digunakan keluar untuk buat projek assignment yang berkaitan kajian lapangan.

Dalam perjalanan balik PV, mengadap lagi kesesakan lalu lintas, sampai PV mengadap lagi laptop siapkan assignment dan tepat pukul 12 tersadai pengsan sampai esok pagi.

Aku fikir ruang untuk aku terlampau sedikit sampaikan terlampau banyak perkara negatif dush! meresap masuk ke dalam minda aku.

Sampaikan aku terlupa untuk berfikir ( I think )

Aku sendiri tak tahu nak kaget atau bertenang, bukannya sekali dua saksikan manusia yang pelbagai kerenah ni, atau mungkin segala pembelajaran seperti ini perlu diulang- ulang sampai aku boleh hadam dan menelan macam makan coklat mentos : cool . Mungkin .

...

I can't control myself, don't know who I've been
And who is this monster wearing my skin?
A movie in black and white. When will it end?
'Cause every time I scream no one hears me.


...

Aku terlupa dalam proses perjalanan manusia, kita diibaratkan berjalan di suatu lorong yang diberi arahan untuk memetik bunga yang paling cantik.

Dan semestinya, dalam perjalanan itu kita akan memetik bunga yang paling cantik , tapi bukan sekali, berkali kali kerana setiap peringkat perjalanan yang berjaya kita lalui, kita akan terjumpa lagi bunga yang paling paling cantik dari perjalanan yang sebelumnya.

Secara realitinya, kita rasa semua yang kita lakukan sudah cukup baik, tetapi apabila masa berjalan, kita akan menemukan sesuatu tindakan yang lagi baik dan terbaik. Proses yang berterusan tanpa kita tahu bila pengakhirannya.

...

It feel like I'm paralyzed
and I can't
escape from the prison  I'm living in
I'm naming the voices in my head
They keep telling me to give in
but it's making me the stronger
Fight a little longer
I'm gonna bring me back to life
And I won't be paralyzed.


...

Dan aku terfikir lagi,

Sebenarnya frasa "memahami" dan "saling memahami" adalah perkara yang berbeza atau menggambarkan tentang "saling memahami"?

dan sebenarnya "memahami" merupakan satu keadilan ataupun "saling memahami" yang membawa kepada keadilan?

Apa yang kita semua mengerti,

Keadilan dan ketidakadilan semestinya berkenaan dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Semestinya. kan? (imaninaziz.02082015)

...

Have you searched for something deeper out of fear that life's a lonely road?
Have you roamed the darkest corners of the earth until you're just a ghost?


...

Ada satu perkara lagi yang mengetuk kepala aku ohh,

Tamadun yang berjaya dan maju ialah tamadun yang percaya kepada identiti diri dan kuat jati dirinya.

Jadi, aku rasakan kata- kata ini merupakan salah satu sebab kenapa aku perlu terus menulis, terus membaca dan belajar.

Kesedaran yang susah untuk didapati, seandainya dibuat endah tidak endah akan menjadi perkara yang sia- sia. mungkin.

(angkat bahu)

...

I'm not afraid, I can face my demons
Even if they tear me down
IF I FALL, LET ME FALL, (Jerit sikit)
it might take a time
but I' find my own way out.

...





Paralyzed-Against the Current.











6/24/2015

Gravity



Entah angin apa ~



Do you remember, feeling invincible?
When there was trouble, it was us against the world,
We kept running, running through the night,
Chasing the sun 'till anything felt right

Can you save me now?
I get lost up in the clouds
Can you save me now?
You were my gravity
Can you save me now?
When the ground drops out I get lost in the clouds
Save me now
You are my gravity
Now my world is shattering   

(Gravity- Against the Current)




Annyeong :)





6/23/2015

Kurang Sihat


Dah berbuka puasa belum?

Siang tadi, (bertemankan adik) aku pergi klinik untuk buat pemeriksaan kesihatan. Aku dah boleh agak doktor akan bebelkan perkara yang sama sebenarnya dan tetapi oleh kerana aku memerlukan ubat ...

Semalam pun sunbae dah membebel bagai nak rak.

Petang tadi waktu tolong ibu masak, aku dengar lagi ibu membebel perkara yang sama.

Maka,

"Jaga pola waktu tidur"

"Jaga jadual pemakanan"

"Banyakkan bersenam"

"JAGA KESIHATAN"


dalam tiga nama, mereka pilih 'Siti' jugak, pun boleh ~

6/21/2015

Melancarkan


Entri :)

(5.30 a.m.) Anda sudah bersahur? hiks

Aku sebenarnya sedang menahan diri daripada memadam entri blog yang dahulu kala.


Bila memikirkan orang membaca dan boleh memahami latar belakang, apa yang aku cuba fikirkan, bagaimana cara aku melaksanakan sesuatu atau apa yang aku inginkan di dalam hidup melalui apa yang aku tulis tentang diri aku, aku rasa macam nak hentuk hentuk kepala banyak kali, keinginan untuk berkongsi mungkin berada pada paras 10 persen daripada 100 persen. Lebihan 90 persen aku rasa seperti mahu gali lubang yang paling dalam dan sembunyikan daripada pengetahuan orang (ketidaksediaan untuk berkongsi)

Tapi kan, dah tahu tak nak berkongsi kenapa tak private saja semua entri ini. selesai masalah. kan?

(ketawa) (menggelengkan kepala sambil menggerutu perlahan)


.....

6/19/2015

Maybe I should


Mungkin dah sampai masa aku delete keseluruhan akaun entri blog

dah 5 tahun nah tp aku biarkan bersawang dan aku tertanya tanya berguna atau tidak semua ekspressi ini


6/10/2015

Kau berani?


Bagi aku masa lima minit untuk mencuci daki daki yang bergentayangan di sini, maksud aku blog yang sudah usang dimamah usia, okay merapu.

Perkembangan terbaru?

So far, aku baru habis mengadap final exam untuk semester 2 dan sekarang duduk mereput di Kedah menonton drama- drama korea di bilik.

***
Sebenarnya bukan topik mereput yang ingin aku ketengahkan hari ini atau sebenarnya berkenaan dengan frasa 'mereput'.

Aku sedikit tertarik dengan frasa 'keberanian', tetapi secara jujurnya aku sendiri tak tahu apa yang hendak diolahkan, atau mungkin susunan ayat yang dibuat acah acah formal melimitkan ekspressi atau aku sendiri malas untuk menghurai dan berfikir cara untuk mengolah.

mungkin.

 Beast,Shock
"Every day I shock (shock!), Every night I shock (shock!),
  I'm sorry jebal naege dasi dorawa jullae.
  Every day I shock (shock!), Every night I shock (shock!)
  Nan neo ttaemune amugeotdo hal su eobnenunde, oh"    

  Kim Tae Woo, High High
  "Keudael boneun nae mam high high, nae gibundo high high,
   u-urhaet -deon chinan na- reun bye bye,
   Haneul wiiro high high naye sarang high high,
   ijebu-teo uri dulman seoro sarang-haeyo~

   -My heart that sees you is high high
     and I'm feeling high high
     the depressing past days are now bye bye
     up to the sky, high high
     My love is high high
     from now on, let's just love each other.-

Jujurnya aku malas untuk mengolah sekarang, sumpahan malas yang meresapi jiwa ini melimitkan aku untuk berbuat sesuatu dengan efisien, aku syak ini angkara balas dendam dek aku sudah jadi separuh zombie untuk final exam minggu lepas.

Aku paling tak suka nak face exam tapi benda yang paling ironi berlaku sebab waktu itulah fokus bagai nak rak, study terlupa waktu tidur (okay bohong, tidur siang ialah perkara kewajiban, at least tidur sejam lepas zohor sebab memang dah habit).

Mungkin sebab fikirkan ibu pa, semestinya, pembakar semangat untuk berjaya. dan vitamin.

Serius malasnya nak mengolah bab berani (mengeluh) (tujuan menulis tak sampai)

apapun,



close your eyes 
open your eyes
then you know, this is all about 'growth' - healer






 


3/14/2015

wo bu zhi dao


can't even talk, still stuttering
This ground of mine keep shaking
Oh oh oh

3/12/2015

Eksperimentasi


Aku boleh nak mulakan dengan satu idea yang sudah lama dicerna serta dirangka satu persatu, tetapi,

Rasanya pengalaman demi pengalaman perlu dikutip supaya kualiti dari eksperimentasi dapat melahirkan 'atma' yang diasuh bersama rasional dan emosi.





3/10/2015

Sebab


Sebab aku paling tak suka melalak perkara yang aku tak tahu apa yang aku lalakkan.


3/04/2015

Macam Pelik


Macam pelik apabila kita panahkan sesuatu pancaran optimistik kepada sesuatu yang sememangnya sudah lama berada dalam ruang lingkup kumpulan pesimistik.

Apa yang menjadi lebih bermasalah, kita hanya panahkan pancaran optimistik sekadar untuk memerhatikan pesimistik berevolusi menjadi optimistik. Kita lebih rela, menunggu dan berharap pancaran optimistik (sekadar pancaran) itu kononnya memberikan daya untuk bergerak ke hadapan, lantas mengubah pesimistik menjadi optimistik.

Apa yang menjadi bertambah masalah, pancaran harapan itu hanyalah statik dan tidak berubah bentuk langsung, kerana kita sendiri tidak pergi menuju ke arah pesimistik, memberitahu, menerangkan bahkan memahamkan mereka supaya daya itu dapat dibentuk untuk mengubah pesimistik menjadi optimistik.

Tamsilnya beginilah,

Kalau kau sekadar bersyukur melihat sesuatu sistem yang mencederakan diri kau dengan harapan sistem itu dapat menyembuhkan kau,, maka, sampai ke sudahlah kau cedera dimakan rasa harapan kerana tidak bergerak ke arah tindakan.


Tetapi seperti biasalah, mulut ini masih lagi terkunci.




3/02/2015

Rasanya


Sebenarnya aku tak rasa ni soal ketakutan tp cuma malas mengambil tahu

-sambil menjulingkan mata lantas kedua belah tangan menggalas kepala-



2/25/2015

Kurang berbakat


Ceritanya tadi aku cuba slow talk dengan seorang classmates, cuba untuk menerangkan sesuatu tp aku rasa apa yang aku terang dekat dia , tp sebenarnya dia tak faham pun.

Dan sebenarnya kerja untuk memahamkan orang yang tak nak cuba untuk faham itu susah.

Dan aku masih tak berbakat untuk menerangkan sesuatu



2/22/2015

Fokus


No more keluar sana sini, ambil tiga empat hari cuti untuk minggu ni untuk fokus study only.



Banyak sangat emo ea Imanina minggu ni ,

Hahah

Cheer :)









2/20/2015

Care


I m not really care about social life but since I am starting to look around, my heart is really broken into a few pieces.


fake


Fake to be perfect is too troublesome


Penghadang


Apabila aku melontarkan pandangan merenung sekeliling, merenung situasi dan persekitaran, mungkin reaksi spontan yang sarkastik lagi sinis melontar lontar kasar terkeluar dari aliran minda dan atma.

"Patut lah berlakunya penghadang sesama manusia. Kau, kau dan kau sedang menghakimi"

"Jangan pernah mendabik dada memuntahkan itu bicara dakwah seandainya kau bersama orang orang seperti kau menghabiskan air liur berbangga sesama sendiri bersama perasaan takjub bahkan kagum, melihat dirimu seolah olah suci dari pahala"

"Mungkin kadang kadang kita tidak menyedari kita sebenarnya menghakimi, tetapi sekurangnya kita semua perlu sedar apa peranan kita sebagai manusia, berjalan, saling membantu untuk ke satu hala jalan yang lurus"

"Kerana kita terlampau bersama dengan orang orang seperti kita sampai kita lupa untuk memerhati mereka yang berada di tepi, belakang dan sisi, maka apabila kita melihat sesuatu seakan bendasing, kau fikir mereka tidak pernah memasuki fasa kau?"

"Justeru, turun, turun, turun dah fahami lah semua yang berada di sekeliling, jangan kau memasang pagar yang memisahkan kita antara manusia, kerana kita semua perlu memahami, hati manusia mempunyai kadar pemahaman yang berbeza, hati manusia mempunyai bentuk yang berbeza dari penyampaian secara zahiriah, bahkan kita kena faham, faham dan cuba untuk memahamkan"

. . . Titik jeda


2/19/2015

Krik krik


An membelek jarinya yang berinai, sebenarnya baru dicuci selepas dibiarkan 45 minit lamanya, dia menggaru garu pipinya yang tidak gatal, keningnya terangkat tinggi sambil berfikir. Esok lusa sahabatnya yang berkahwin, mengapa dia pulak yang memakai inai?

"Done! Jom turun mamak, lapar," jeritnya kepada As, gadis yang merangkumi teman sebiliknya itu sedang khusyuk menyiapkan assignment financial management, pada masa yang sama kedua pasang telinganya disumbat dengan earphone samsung,

As menoleh memandang An yang masih sibuk membelek jarinya, mungkin untuk memastikan inai yang dipakai kemas dan tidak comot. Dia menganggukkan kepalanya lantas menutup fail fail kerjanya yang bersepah sejak tadi.

"Jom,"

An yang sudah bersiap bertudung dan bercardigen menunggu As di muka pintu, kali ini tangannya sibuk membelek twitter dan facebook,cuba mencari berita yang menarik untuk dibaca.

"As, jangan lupa kunci!" Jeritnya lagi tanpa melepaskan pandangannya dari membaca.

"Yayaya,"

Usai As selesai mengunci pintu rumah, mereka berdua bergegas menuju ke arah lif, dan seperti biasa, sejak semalam lagi, suasana menjadi sunyi sepi, tanpa sepatah bicara, selalunya mereka akan mendengar jiran berbangsa cina menceceh dan kanak kanak yang menjerit sana sini bermain. Jiran mereka itu sememangnya sebuah keluarga yang bahagia, tetapi hari ini suasana di level 23 begitulah sunyi kerana mungkin, separuh penghuni yang tinggal di sini balik kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina, barangkali.

"Krik krik krik krikkkkkk," An membunyikan mulutnya sambil menunggu lif terbuka. As yang memandang tersenyum menggeleng.

"Ehem, ehem, ehem ehem," kali ini giliran As pula berdehem bagi memecahkan kesunyian yang bertandang, bahkan di rumah sewa mereka, hanya tinggal mereka berdua sahaja yang tidak balik kampung masing masing.

Satu gabungan aksara. Sunyi.

Mereka berdua memasuki lif bersama sama tanpa lagi membunyikan suara suara yang bising lagi jengkel.

"Serius makmak (mamak)?" An memuntahkan pertanyaannya lagi, dia sebenarnya muak makan di restoren mamak yang tersedia di ground floor bawah kondominium pv20.

"Apa lagi pilihan yang kita ada?" Duga As pula seakan memahami isi hati An yang sebenarnya rindu masakan rumah.

"Brrr tasteless," An menjulingkan matanya ke atas lantas memeluk tubuhnya, kepalanya disandarkan beralaskan dinding lif.

"I feel you buddy,"

"Kau nak makan apa?" Soal An lagi, kali ini lif terbuka menandakan level 16.

"Roti planta, kau?"

"Roti pisang,hahah"

Brrr , lantas mereka berdua tertawa lucu tidak pasti apa input jenaka yang terkandung dalam perbualan masing- masing.

"Boring arh makmak (mamak) . Kita tengok luar pv mana tahu ada jual apa apa," komentar An lagi, sedaya upaya cuba untuk mencari makan malam lain yang boleh dijamah.

"No hal,"

Mereka berdua keluar dari blok A dan melihat kedai mamak yang tidak ramai pengunjung, jangkaan yang sangat tepat dan benar, kebanyakan penghuni sini telah balik ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina dan kebanyakan kelibat di sini warga warga negro yang menyewa rumah di pv.

"Sunyinya, mostly dah balik ohh," As mengerenyet tidak puas hati, mereka berjalan keluar melalui blok B untuk ke arah pagar hadapan kondominium pv, kelihatan sayup sayup beberapa orang gadis seusia mereka keluar dari pintu blok B bersama bagasi di tangan.

As dan An seraya berpandangan sesama sendiri. Sadis.

Dari hadapan pv, kedengaran sayup sayup lagu more than words nyanyian westlife berkumandang dari gerai burger, menurut As, remaja lelaki yang menjual di sini kebanyakkan dari lepasan ijazah pelajar luar negara yang bekerja di siang hari dan menjual di waktu malam. An hanya mendengar cerita As sejak tadi, kadang kadang dianggukkan kepalanya tanda setuju dan memahami.


More than words
Is all you have to do
To make it real 
Then you wouldnt have to say


Dan suasana di Kuala Lumpur masih lagi sama, dengan kesesakan lalu lintasnya, dengan manusia manusia yang tidak lokek merempit di malam hari, dengan manusia yang masih lagi berjalan berseronok, mencari ruang barangkali.
Namun, As dan An masih lagi boleh mendengar sahut sahut bunyi mercun bagi mereka yang merayakan tahun baru cina.


新年 快乐 :)

Xīnnián kuáilè 

... 

Krik krik krikkkkkkkk.




Despredo


I am really despreddooo nak download anime battle doll angelic layer. Auch!

Boleh nak subscribe 5gb internet tp takkan nak korban duit belanja makan




"Ala iman, kalau kau download sekarang mesti tak sempat nak tengok. Sabar eyy" -asma




2/18/2015

Separa kanak


Karya yang ditulis separa kanak kanak.

Abaikan  , asalkan antiplot za'ba berjaya disiapkan sebelum tarikhnya.

Perkara yang melibatkan proses jangan dipaksa, nanti akan kehilangan apa yang tidak patut hilang.

Tulis, tulis dan teruskan menulis, lama lama anda akan belajar apa yang perlu ditulis. Gituh.

P/s : boleh tengok movie dengan senang hati! Jyeah!


Syak


Aku syak aku agak sukar hidup di bawah tekanan, bukan, tekanan yang 'baru' nak hadam dan dipelajari.

Hesh, bagaimana ingin menjadi akauntan yang berjaya kalau tak mampu hidup di bawah tekanan?

Dan tahun ini ialah tahun yang banyak benda nak baru dihadam dan dipelajari. Rilek. Proses sedang belajar gituh.


Maaflah. Bila baru belajar, bila baru nak up, cara nak handle itu masih belum tahap professional lagi.

Cheer :)


新年快乐
Xīnnián kuàilè
Happy New Year!!

P/s : tulisan mandarin tak pernah nak cantik waktu tulis


Sebenarnya


Kadang- kadang kita lupa, kita alpa bahkan leka, dan kita sibuk mempertahankan hak 'kononnya' untuk kebaikan diri.

Rupa rupanya 'kebaikan' telah bertransformasi menjadi 'kepentingan'.

Apa yang menjadi lebih sadis, dari 'kepentingan' telah melahirkan natijah yang telah menyusahkan pihak pihak yang lain.

Siapa tahu, pihak pihak ini tunduk, menanggung kesusahan akibat dari 'kepentingan' orang lain, mereka tidak bersuara kerana mungkin mereka tidak berkuasa, mereka tidak bersuara kerana mungkin mereka berfikir untuk tidak menyusahkan orang, mereka tidak bersuara kerana mereka mungkin sedang mempertimbangkan dengan lebih rasional apa 'kebaikan' akan bertukar menjadi 'kepentingan' diri. Mungkin. Ya. Mungkin.

Ekoran daripada 'kebaikan' dan 'kepentingan' , hal ini sebenarnya membuka mata, kadang kadang, mereka yang terlampu berkepentingan diri, terlupa akan mereka yang lain yang berada di bawah, di sisi, di tepi dan juga di belakang.

Tetapi tetap, 'kebaikan' dan 'kepentingan' merupakan soalan yang sangat sukar untuk disusun jawapannya satu persatu, untuk mencari dan menjadi jawapan yang ampuh dan kukuh seraya dapat merencanakan kepentingan bersama.

Maka, dari situ kita semua masih lagi belajar, belajar dan terus belajar, mengemukakan sesuatu atau mengemudikan sesuatu harus diiringi dengan tindakan berfikir kerana berfikir adalah salah satu khazanah yang peri penting supaya dari 'kepentingan diri' dapat dijadikan 'kepentingan bersama'

P/s : entri yang tidak dapat dikenal pasti, sama ada dilahirkan dari bentuk 'emosi' atau datang dari bentuk 'kesedaran dan pembelajaran'.

Salam isyak :)

2/17/2015

Ironi dan saling melengkapi


Dan sebenarnya perkara yang paling ironi apabila kita meminati sesuatu pekerjaan yang pada dasarnya seakan bersatu mengalir dalam satu aliran darah di dalam tubuh , namun, pekerjaan itu tanpa sedar mengekspresskan salah satu rasa tekanan yang hebat. Apa yang lagi ironi, kita sendiri tidak menyedari tekanan itu sedang menghentam hebat, ya, hempapan konkrit rumit yang tak mampu dikawal secara professional.

Member aku cakap 'tekanan' 'ruang' 'udara' , konsep ini ada digunapakai dalam filem terbaik dari langit. Bahkan, dah ada review filem ini dekat klreview.

Aku tak tengok lagi filem ini tapi bila aku kaitkan teori sains dengan filosof kehidupan ada sesuatu yang boleh diambil ibrah dari situ.

Dalam fizik, tekanan boleh ditakrifkan di dalam formula

Tekanan = Daya / (luas)2

Ataupun

Pressure = force / (area)2

Secara hipotesisnya ,

1. semakin tinggi daya, semakin tinggi tekanan.

2. Semakin kecil luas (ruang) semakin tinggi tekanan.


Samalah kehidupan kita, apabila kita menambahkan daya, kekuatan dan usaha, tekanan ataupun stress akan lebih tinggi untuk dikendali.

Berdasarkan konsep fizik lagi,

Secara literalnya, tekanan dihasilkan oleh pelanggaran zarah zarah ke atas permukaan luar dan dalam sesuatu objek.

Secara figuratifnya tekanan atau stress boleh datang dari pengaruh pengaruh luar ataupun dari pengaruh dalaman ( konflik diri )

Maka, apa wahana yang boleh kita aplikasikan seandainya berlaku tekanan seperti ini?

Bagi aku, formula fizik 'tekanan' telah menghubungkaitan dua hipotesis , ataupun kita boleh kelaskan kepada 'solusi' atau 'penyebab' ataupun dengan lebih tepatnya 'saling melengkapi'

'Saling melengkapi' ?

Tamsil lain yang boleh diberi untuk pernyataan 'saling melengkapi' ialah dari gabungan aksara 'sukar' dan 'cuba'

'Sukar' dan 'cuba' pada realitinya boleh menjadi ironi pada masa yang sama boleh menjadi 'saling melengkapi'. - sekadar contoh.

Penjelasan bagi 'sukar' dan cuba' ini seakan, contohnya kita merasa sukar untuk melakukan sesuatu, perkara yang bertentangan dengan sukar ialah mencuba. Tetapi, mencuba tidak akan terjadi kalau kita tidak berasa sukar. Nampak tak maksud yang ingin disampaikan?

Kalau kita menelurusi gabungan gabungan aksara ini dengan lebih mendalam, sebenarnya berbalik kepada diri kita semula bagaimana untuk mendefinisikan sesuatu sama ada mahu jadikan sebagai sesuatu yang ironi ataupun saling melengkapi. Ya, tak salah. Perkara yang abstrak bagi aku tak salah untuk kita mendefinisikan sesuatu kepada sesuatu.


"Ruang"

Maka bilamana , hipotesis pertama yang mengungkapkan semakin tinggi daya yang dikenakan maka semakin tinggi tekanan yang bakal dihadapi , ironi kepada hipotesis pertama ini membawa kepada hipotesis yang kedua atau dengan erti kata lain kita memberikan jawapan sebagai "ruang".

Dalam variant yang aku belajar dari subjek matematik tambahan sebenarnya boleh terbahagi kepada dua, proportional dan inverse. Walaubagaimanapun, jika proportional dan inverse mempunyai pemboleh ubah yang berkaitan, maka boleh digabungkan sekali.

Yang mana, proportion ini bermaksud semakin tinggi A maka B juga akan tinggi dan vise versa.
(Berkait dgn hipotesis pertama)

Inverse pula bermakna semakin tinggi A maka B akan semakin rendah dan begitu jugalah sebaliknya. (Berkait dengan hipotesis kedua)

Aku bebel berjela ini kerana menerangkan teori frasa 'ironi' dan 'saling melengkapi' ja pun, dah melalut kan? -,- maaf. Sengaja aku buat begitu. Aku menulis untuk mengajak kalian berfikir.


Jadi bilamana hipotesis pertama berlaku, maka hipotesis kedua yang 'ironi' sebenarnya boleh melengkapi hipotesis yang pertama.

Hipotesis kedua menyatakan

Semakin kecil ruang semakin tinggi tekanan.

Makanya, dalam kehidupan kita, aku , kau, kau dan bahkan kau yang lain perlu mempunyai ruang untuk diri sendiri.

Andai kita mengecilkan ruang untuk diri kita, maka semakin banyak tekanan yang bakal kita hadapi.

Sebagaimana dalam konsep sains la jugak, bilamana ruang akan semakin kecil, partikel atau zarah dalam ruang tersebut akan mengalami tekanan kerana mereka tidak ada ruang yang cukup untuk bergerak bebas.

Kerana kau tak menyediakan ruang untuk kau berfikir, bermuhasabah, menganalisis, berseronok, bersedih, berbelas kasihan dan sebagainya maka tekanan akan berlaku segara langsung atau tidak langsung kepada engkau, kau dan juga engkau yang lain.

Kerana kita sibuk untuk mengejar cita cita, mengejar materialistik mengejar kasih sayang , kadang kadang kita lupa memberi ruang untuk diri untuk menghadam sesuatu , memperbaiki sesuatu , atau dengan kata mudahnya 'servis' diri.

 Bahkan, seandainya laptop kalau tak diservis akan jammed , inikan pula manusia yang dianugerahi akal, dipertanggungjawabkan amanah, diberi peluang untuk berfikir, maka bukan aku sahaja, kau , kau , kau dan kau memerlukan ruang untuk berfikir apa yang perlu dan tidak perlu dalam diri.


Sekurangnya tekanan hebat yang dialami beberapa hari ini memberi ruang untuk berfikir kan? :)

Maka di situ lahirnya 'ironi' dan 'saling melengkapi' atau mungkin, ironi yang menatijahkan saling melengkapi.

Okay lah, nak undur diri, jammed otak sebab baru habis kelas makroekonomi.

Salam maghrib :)

-edited-







2/16/2015

Darkness


Too bad because from that scar I am learning how to hate


Tonight is equivalence to darkness


2/15/2015

Berdikari


Aku cukup pantang kalau buat sesuatu terpaksa mengharapkan orang lain.

Misalnya

Elaun Mara tak masuk so no choices parent yang hulurkan duit belanja

Nak pergi mana mana kena ada orang teman

Instead, kalau boleh gerak sorang sorang aku sanggup gerak sorang asalkan jgn menyusahkan orang

Tapi selalu dengar ocehan yang tamsilnya

"Kau perempuan, bahaya, kena teman"
"Dunia sekarang tak selamat, jangan berani berani sesuka hati buat kerja luar sorang sorang"

Walaupun pada hakikatnya dunia ini sebenarnya bersusah senang bersama sama, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Tapi

Nanti kalau jatuh tak la terkejut sangat bila tiada orang sekeliling. Jatuh macam mana pun memang takda choices kena bangun jugak dari mereput berputus asa, memang tak bawak ke mana pun.

Macam contoh lain kerenah aku yang pelik pelik, memang banyak pelik, kena lah tanggungjawab sendiri menghadapi kerenah itu sendirian kenapa kalut nak menyusahkan orang dengan kerenah kita?

Apapun , terima kasih kepada ibu bapa , kawan kawan yang senantiasa di sisi :)  walaupun banyak kerenah tapi sudi turuti kerenah even aku selalu hangin bebel jangan pernah cuba melayan kerenah aku yang pelik  :)





2/12/2015

Demmit


Demmit,

Dari kedah sampai kuala lumpur memang tak kan suka keluar malam


,petalingjayastreet ,balik11malam




2/07/2015

happy birthday 오리 (uri) iman!


Malam

Dalam korea, "uri" maksudnya "kami" , jadi imanina bermaksud "iman kami" jadi kalau "uri" iman? Cer fikir.

Tahun ni nak update jugak tentang birthday. Aah, dah cukup 20 tahun dah pun. Heh. Tapi terharu sangat tahun nih. :,( . Suprise kek saja sampai 3 kali, kfc dua kali, siapa yang tak terharu?



Kek ni Jannah (roomate) yang kasi, awal awal pagi dia masuk rumah sengih sengih, waktu itu aku tengah study sbb masih lagi dalam mood final exam. Tetiba dia datang wish "happy birthday iman!" Then hulur kek dekat aku. Terharu ok terharu :,(


Ini pulak suprise dari jue, ikin, sarah dan syahir. Dekat unikl, aku ada 4 org member lepak yang memang rapat (1 laki 3 perempuan) kelas sekali, lunch sekali, stady sekali, balik sekali, dinner sekali dan semuanya sekali lah. Dan aku x expect diorang dh bermensyuarat lama tanpa pengetahuan aku nak buad suprise. Siang tuh mcm biasa hobi aku tidur memanjang, lepas tu jue masuk kejutkan aku then pakaikan aku tudung dlm keadaan aku mamai. Dia tarik tangan ak sampai ke luar pintu tengok tengok diorang nyanyikan lagu birthday. Auch, terharu sangat. Siap beli kfc lagi. 


Yang ni pulak kejadian pada hari ini. (Padahal birthday aku dh lepas sebulan dah pun) ikutkan janji nak jumpa kak syera sebab nak pulangkan balik buku management account. Kak syera kawan sunbae. Dan aku tak expect langsung sunbae nak buat kerja gila ada dekat situ sekali, sudah lah tak inform apa, agak tercengang dan rasa nak sembelih pakai pisau kek ni pun ada. Kak syera bagi hadiah tudung dan dapat lagi belanja kfc dr sunbae. Dan mekasih untuk lg 3 buku yang kena baca T_T. Bertambah kerja aku nak kena habiskan banyak buku. Mekasih kak syera sbb plan untuk kek ni even birthday dan lepas sebulan ==; , dan mekasih sunbae belanja kfc dgn hw buku y banyak gila nih, naseb aku x sembelih lagi ja sbb terkejut.



Apa pun terima kasih dekat semua yang wish, dekat roomate yang sanggup nyanyi lagu birthday even sibuk dgn final exam, semua orang la, 

Ibu pa, terima kasih sbb ingat, :) , siap hantar gambar dari kecil sampai besar :) 

Dan terima kasih sangat sangat. 




Apapun,


Selamat malam dunia yang didandani bulan dan bintang :)









2/04/2015

Salah


Ada salah yang dilakukan
Bukan kerana salah
Salah bagaimana mahu menguruskan
Namun salah tetap salah
Dalam lingkungan umur yang semakin menginjak dewasa
Ada beberapa berjaya dan harus diperbetulkan
Maaf seribu kemaafan


-maaf.

2/01/2015

Perkara


Pagi nirmala,

Memandangkan petang nanti, diri ini sudah berada di bandaraya kuala Lumpur, ada dua tiga perkara yang perlu diselesaikan

(dah boleh buat anggapan masuk sem 2 nih, tatkala kaki ini menjejak bandar nih maka makin berkurangan lah rehat dan tidur. Ouh ya, makan pun rasanya 'terkurang')


• saturdate le kak syera , buku management akaun tok guru kena kasi balik

• memperkemaskan nota

• wayang doraemon!

• menambahkan bilangan kitab kitab untuk sem 2 (hanya imanina yang faham)

• antiplot

• dan yang ini juga berstyle antiplot

• habiskan buku agong tanpa tengkolok

• cerita pinochio (jong suk) consider nak habiskan jugak,  heheh

P/s : dan eyh , rajin pulak mengupdate belakangan nih, sudah mula suka menulis kah?     =,=$

Apapun, semoga masa dapat digunakan dgn lebih efektif, semoga.


Plan


Ehem,

tak silap aku dua hari yang lalu, aku ada whatsapp asma punya lah berjela aku cerita step by step dan at last aku punya plan.

Bila aku sebut aku punya plan , punya lah dia gelak guling guling , atau mungkin sampai satu tahap berdekak dek aku punya perancangan sangatlah semberono atau mungkin tak pernah terfikir orang


"Ros?"
"Hahahahahahaahahahaha kau giler,"
"Ke bunga matahari, punyalah besar gitu, kuning terang pulak kan,"
"Okay yang ni legend"


Selamat malam dunia yang didandani bintang :)




1/30/2015

Tak kira


Tak kira , tak kira , tak kira , tak kira , nak tengok jugak movie doraemon, stand by me dan movie ending naruto.

Tak kira . Tak kira . Nak tengok jugak . (Lompat lompat meraung nak tengok)

*google mana mana cinema yang available dan secocok dgn jadual imanina


1/27/2015

Datang dan pergi



Sehingga kini figurnya terkaku
Menghitung sepersatu kenangan yang mendabik
Maka
Antara kronologi suatu kisah yang tidak terjangka
Kerana kita menyusun aliran plot untuk diterjemahkan dalam bentuk hati
Sehingga kini ku tahu
Dalam desakan rasa seumpamanya
Sedalam mana kita terjemahkan dalam bentuk lukisan
Sedalam mana kau lihat pada kanvas putih yang rancak melahirkan warna
Sedalam mana bintang yang hadir giat mendandan wajah wajah yang lesu
Bahkan pentas pentas angkasa sibuk memberikan tangga untuk didaki menerjah kejora ataupun memberi kejutan
Kerana dari situ tersedia aliran kronologi yang maka
 tiada yang hilang terbit mengulum dalam ekoran senyuman yang tiada tara



1/26/2015

rare

Antara perkara yang paling rare yg pernah dibuat ialah menyalin sajak sajak dari penulis tersohor zaman puluhan dulu sambil mendengar lagu korea yg happy go lucky gituh

P/s : demmit; baru sedar sangad tidak berbakat dalam membuat ekspressi mengulas


Semalam ada terbaca komik shoujo yg bertajuk

"kerana itu lah kita bermimpi"

Ada satu statement yang menarik hati

"Kalau kau terlalu memaksa diri, berkemungkinan besar kau akan lupa sesuatu yang penting "

1/25/2015

:(

Tertekannya :(

:(
:(
:(
:(
:(
:(
:(
:(
:(



Buntu

1/22/2015

Little Story-Flower

night,

There is no flower that would bloom without being shaken
All the pretty flowers in this world
all bloom while being shaken
While being shaken,
Its straightened its stem 
There is no love that would leave without being shaken
Where is there a flower that would bloom without being whipped?
All the shining flowers in this world
all bloom while being whipped.
While being whipped by the wind and rain
the flower petals bloomed warmly.
There is no life that goes by without being whipped 










Same


It ll be pretty when you look at it closely
It ll be lovely if you look at it for a long time
You are the same 

-school2013koreandrama

1/20/2015

Mengimbas dan Menghitung



Aku rasa bukan aku seorang saja yg merungut betapa bersawangnya blog aku, mungkin kawan- kawan aku yang lain, yg berseangkatan dengan aku, waktu kami gila nak tulis blog pun akan merungut benda yang sama. Aku rasa waktu tuh area 2009 atau 2010, yang bersamaan form 3 dan form 4 (zaman kanak kanak ribenna) , beratus- ratus entri yang di post sampai lah dah 17 tahun, tapi, yg membezakan aku dgn kawan aku, aku dah delete semua beratus entri tuh.

Jadi. Mari sentiasa delete. kah kah kah. (sinis)


 
© THIS IS YOURS!