TuneList - Make your site Live

2/20/2016

Antara mampu dan tidak mampu


Macam yang aku tekankan semalam, aku lagi rela duduk buat kajian tentang MFRS,tidakpun menyelesaikan soalan matematik, tidak pun membuat kira- kira permasalahan akaun yang rumit, dari menulis perkara yang aku sendiri sesat bersama idea yang entah ke mana.

tssk tssk

Sis pasrah




2/19/2016

Bercakap Berkenaan Otak


Aku tidak lah berpengetahuan sangat tentang isu kecenderungan otak.

Tetapi, aku  ada mendengar kajian sainstifik yang menyatakan seorang kidal ialah seorang yang kreatif.

Kreatif? Erm, hampeh. hahah

Untuk persona kidal lain, mungkin mereka mempunyai ciri- ciri ideal yang tersebut, tetapi untuk aku, tidak, banyak kecelaruan.

Aku sangatlah teruk dalam melukis dan mewarna, lamgsung tidak mewarisi tangan ibu yang mahir bab ini.

Tapi, orang lidi aku pandai lukis, hahah.

Selalunya dalam kelas seni, bab melukis mungkin 'so so' lah, tapi, masuk saja bab mewarna serius hancur lukisan aku. tambah kalau pakai krayon ataupun warna air.

(Keluh kesah sebentar sambil menggaru pelipis yang tidak gatal)

Dan aku rasa aku seorang yang rigid, kalau menulis dengan tangan pun, aku menekan ketika menulis dan huruf itu mestilah bulat macam nak petak, takdak alur macam lenggang lenggok langsung, kah!

Itu membuktikan daya kreatif aku memang fail, cuma bab menghias dan mengubah, aku sangat prefer dengan kemahiran IT.

Segala adik beradik microsoft aku suka perosek dan mencuba sesuatu yang baru, Inovasi. Mungkin pengaruh dari adik beradik lelaki dan ayah yang banyak mendedahkan semua ini.

Waktu short sem yang lalu, Ikin tak kasi aku sentuh poster mind map yang kitaorg buat sama- sama untuk subjek business communication T_T, hancur doh kalau masuk tangan aku, bila kau tanya pendapat orang lain memang mereka tersenyum kasihan antara untuk mengaku betapa teruknya seni tangan aku.

Seingat aku, waktu aku darjah 1, ada pertandingan mereka bentuk haiwan menggunakan plasticine. Serius aku kagum dengan orang yang mampu menggunakan plasticine untuk mengubah menjadi bentuk dinosour, buat macam mana weh T_T.

Then, aku dengan bersemangat waja dan yakin untuk menggunakan plasticine menjadi sebentuk rama- rama yang cantik lagi menarik, Tetapi malangnya weh, sewaktu penilaian, aku terdengar cikgu ternampak hasil kerja aku dan tahu tak apa dia kata.

"Ini sotong ka?"

T_T. SEDIH.

***
Bab kreatif aku hanya tahu menulis ja, itu pun, so-so lah, tak power macam orang lain yang banyak pengalaman :).

***
Aku suka buat pengiraan, takpun membuat analisis melalui pengiraan, misalnya subjek statistik dan akaun, lain macam weh setiap kali belajar, excited.

Tetapi, tetapi malangnya, aku tak suka subjek sains. Punyalah lemah sampaikan aku rebel waktu SPM dan asasi tak nak belajar sampaikan aku hampir fail subjek biologi dan kimia. k sadis.

***
Ibu pun selalu bebel, jangan dalam kelas ja eksited, bab kemahiran pun kena ambil tahu dan power jugak.

Tetapi, masalahnya proses pembelajaran dalam kemahiran ini mashaAllah, slow betul, sangatlah memerlukan banyak praktis dan aplikasi.

***
Dari sini, dah nampak betapa celarunya otak aku ye dok, kecenderungan apakah aku pun tidak tahu. Suka menulis tapi tak pandai bab melukis dan mewarna.

Ouh ya, kalau origami, itu pun, aku pandai lipat bentuk burung dan kapal saja, hiks.

Suka matematik tetapi tewas dengan subjek sains.

***
***







Bosan


Aku sebenarnya sudah bosan dengan perkara yang nampak menakjubkan, sebenarnya sudah menjadi perkara trivia, baik memerhati dari menyertai, ye dok, bosan ye nak, bosan.bosan.bosan.

oouh ya, jangan lupa dengan frasa 'sekurang- kurangnya',

Bagus! chaiyok ye nak, chaiyok, hiks.

Bercakap tentang isu menulis,

Aku lagi rela menyelesaikan soalan matematik dan masalah perakaunan yang merumitkan dari menulis perkara yang tiada ilham dan tiada idea dan dipaksa dan seangkatan dengannya.

Kerja menulis ini berat ohh, berat.

Bukan main simply menceceh sana sini tanpa buat kajian, kena ada pemahaman yang mantap, baru boleh dicairkan bersama kata- kata yang diekspreskan melalui penulisan.

Ouh ya, salah aku kerana ignore, kurang alert dan 'pemalas'. kah


Baru- baru ini, aku teruja dengan research terbaru, tentang MFRS, (Malaysian Financial Reporting Standard) sesuatu perkara yang paling basic untuk budak akaun tahu dan faham,

Aku cuba terangkan secara ringkas,

MFRS 3 :Business Combinations
MFRS 10 :Consolidated Financial Statements
MFRS 11 :Joint Arrangements
MFRS 12 :Disclosure Interests in Other Entities
MFRS 127 :Separate Financial Statements
MFRS 128 :Investments in Associates and Joint Venture.


 ***
Kisah Pejuang.

Pejuang yang bangun sebelum subuh datang menjengah lagi, bersedia untuk memerah keringat demi melaksanakan tanggungjawab yang perlu digalas, raut wajahnya tenang.

Jalannya tidaklah lurus seperti pejuang angkuh yang lain dan secara susun aturnya, ceritera seorang pejuang wajiblah bermula dari jalan yang amatlah bengkang- bengkok, berbonggol dan berlubang- lubang.

Walhal,

Pejuang ini sentiasa resah, gundah memikirkan coretan masa hadapan yang bakal dilukisnya, namun alur mimik mukanya yang tenang, sentiasa mencari langkah untuk memulakan perjalanan, dan jalan itu masih lagi berlubang dan bengkang- bengkok.

***

Ibrah yang diambil mahupun secebis, cukup untuk menggambarkan betapa ramai pejuang yang bertungkus- lumus untuk merealisasikan berkalung- kalung impian, cukup untuk diri dan sekelilingnya.

***

Kisah pejuang yang pelbagai.

***

Membentuk kisah yang menitipkan warna warna untuk dibebaskan di seluruh pelosok  ruangan atma wahai persona, pelbagai.

***


Selamat malam hai pejuang :)





2/14/2016

Menonton


Bermula daripada minggu 'study week' semester lepas, aku mula buat 'come back' dengan menonton beberapa drama, kah

Sini aku buat kira- kira.

1.War and Beauty [Cantonese]
2.Beyond The Realm of Conscience [Cantonese]
3.Forensic Heroes 2 [Cantonese]
4.My Love From Other Star [Korea]
5.Emergency Couple [Korea]
6.Birth of A Beauty [Korea]

Sekarang, aku sambung pulak dengan anime, rabak mata weh, patut lah power mata makin naik dan masalahnya ini bukan sekadar power yang memberi kelebihan macam kuasa X-Men, tetapi power yang boleh membuatkan kemampuan melihat anda makin berkurang, kah (Perkaitan yang macam tidak berkaitan ja)

1.War and Beauty

War and Beauty berlatarkan masa pada zaman Dinasti Qing, dan berlatarkan tempat di Istana Guntik pada zaman pemerintahan Maharaja Jiaqing, yang mengisahkan tentang persaingan antara gundik- gundik untuk mendapatkan kesayangan maharaja.

'The palace is a battleground for all the imperial concubines'

Berlatarkan masyarakat dan masa pada zaman tersebut, dalam istana tersebut hanya ada dua, Tuan dan hamba. Apa yang Tuan katakan walau perkara itu betul atau salah, hamba perlu mengiyakan dan menuruti setiap arahan tersebut.

Andai kata Tuan menyuruh hamba untuk mati, maka matilah. 

Kesimpulannya, drama ini lebih berfokus kepada persaingan para gundik untuk medapatkan kesayangan maharaja, tak kisahlah pakai taktik kotor atau jahat. Dalam istana, memang tiada istilah kawan baik atau orang yang boleh dipercayai, penuh dengan pengkhianatan dan penipuan Ohh. 

Sadis.

2. Beyond The Realm of Conscience


Drama ni bagi aku lagi berat dan konflik yang sentiasa buat aku tertunggu- tunggu untuk aku tahu apa kesudahan di sebalik kisah ini. Perkara yang paling penting, drama ini tidak berfokus kepada persaingan antara gundik semata- mata dan skop yang lebih luas, 

Beyond the Realm of Conscience berlatarkan masa pada zaman Dinasti Tang.

Kisah ini bermula apabila Gong- Choi King terpaksa kembali ke istana semula bersama anaknya, Lau Sam ho (heroin) dan hambanya, Yiu Kam Ling untuk berkhidmat di dalam istana, dengan erti kata lain, membuat barang kemas untuk gundik- gundik maharaja.

Sebenarnya, drama ini lebih berfokus kepada plot untuk menjatuhkan maharaja yang bermula dengan pemerintahan permaisuri dan mahasiswa yang kejam. 

Dan kisah ini juga memperkenalkan watak Putera Lee Yi yang pada dasarnya seorang putera yang sangat bijak tetapi terpaksa berpura- pura mengalami kecacatan otak dari kecil kerana permaisuri dan maharaja pada zaman itu berniat untuk membunuhnya memandangkan dia satu- satunya putera yang mungkin bakal mewarisi takhta sebagai Maharaja kelak.

Dengan erti kata lain, Putera Lee Yi ialah anak kepada Gundik Yuen, bukan anak permaisuri tau, hahah.

Aku malas nak cerita panjang, kau orang tengok sendiri okay, yang menariknya, Maharaja yang kejam fuh, dibunuh oleh General Ma, pendek cerita, General Ma sendiri berkeinginan untuk memerintah dan menggulingkan maharaja. Serius jahat General Ma, serius weh, serius. hahah.

Dia upah orang untuk buat benda jahat, lepas orang itu kantoi dan perlu dibawa menghadap maharaja, tak sempat orang itu untuk cerita dengan lebih lanjut, dia bunuh orang itu depan maharaja ohh, (maharaja baru, putera Lee Yi lepas kematian maharaja yang lama). Dengan alasan, dia terlampau marah dengan orang yang buat jahat itu padahal, dia lah master mind, kononnya nak sembunyikan cerita sebenar. 

Sebenarnya maharaja baru ni tahu ja General Ma ini jahat, tetapi kena menjatuhkan General Ma dalam diam dan teliti sebab pengaruh tentera General Ma terlampau kuat, takut berlaku pemberontakan.
Dari sini, Maharaja Lee dibantu ooleh Lau Sam Ho dan Ko Hin Yeung.

Bagi aku drama ini memang menarik dan suspens, dan ada lah lagi masalah- masalah dalaman yang lain, Apa pun,tengok sendiri ye, aku ada dvd drama ini dan War and Beauty, boleh datang pinjam tapi kena bagi balik, hiks.


3. Forensic Heroes 2


Sebenarnya aku agak kagum dengan drama Forensic Heroes 2, sebab drama ini dari tahun 2008 lagi, walaupun tahun 2016 aku tonton balik (bersama dengan kemajuan teknologi zaman sekarang), aku masih kagum sebab aku dapat macam- macam pengetahuan tentang forensic dari drama ini.

Pendek cerita, drama Forensic Heroes hanyalah berkisarkan gabungan ataupun kerjasama antara criminal department dan forensic department untuk menyelesaikan kes- kes yang tertentu. Dan aku nampak ada unsur- unsur 'equity' dalam mengaplikasikan perlaksanaan hukuman dari jenayah yang tertentu.

Herm, menarik, ye dok (okay, aku seorang ja yang rasa menarik T_T)


4. My Love From Other Star




Hahah, drama ini menarik dan aku suka tonton part yang tertentu berulang kali. okay sweet. Dan aku suka plot serta konspirasi dari drama ini, berat dan jahat, kah


5.Emergency Couple


Sebenarnya, fokus untuk aku menonton drama ini kerana Song Ji Hyo ja, sebab dia dalam running man kan, kah. Drama ini agak ringan dan di pertengahan episod, aku agak skip (heheh) sebab slow dan bosan. Apa pun, aku suka latar di ER, Bahagian Emergency di hospital, agak menarik melihat cara doktor bekerja dan sedikit sebanyak, aku dapat beberapa pengetahuan dalam bidang medik walaupun sedikit. Ye dok.

6. Birth Of a Beauty


Aku suka konspirasi dalam drama ini, kah. Agak berat dan menarik.

***

Sebenarnya, dalam bidang perakaunan, sedikit sebanyak memang kena ambil tahu tentang 'corporate world, jadi, ada beberapa subjek dan banyak subjek jugak, yang memerlukan untuk aku faham tentang konsep dan asas dalam dunia korporat. 

Misalnya, : Public Listed Companies.

Dan baru- baru ini, untuk subjek audit, ada satu assignment yang agak menarik untuk dibuat research, tentang top company yang mempunyai skandal korupsi yang besar.

eg; Enron and WorldCom

http://www.accounting-degree.org/scandals/ (Link)

Aku berminat untuk buat research tentang Perwaja Steel Sdn Bhd sebab ada jugak company ni dekat dengan area rumah aku, Gurun, waku kecik, kadang- kadang naik kereta lalu situ tengok syarikat ini sudah lama terbiar, yang aku tahu, syarikat ini dah bankrup.

Jadi, sedikit sebanyak aku berminat untuk tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Tapi, waktu sesi mengundi, kumpulan aku dapat company American Insurance Group (AIG) T_T

Balik kepada topik, waktu belajar subjek yang memerlukan kefahaman tentang corporate world, contoh mcm subjek Corporate Law, Financial Accounting and Reporting, Audit, Taxation, sedikit sebanyak ada beberapa drama korea yang berkaitan dengan syarikat (Public Listed Companies) yang membantu aku untuk membuat gambaran.

Contoh macam lect ada cerita macam board of director, shareholder, AGM (Annual General Meeting), jadi sedikit sebanyak waktu lect cerita, terus otak aku terbayang situasi dalam drama korea yang melibatkan syarikat yang mempunya ramai pemegang saham.

Contohnya macam drama Birth of A beauty, The Heirs etc

Kesimpulannya, aku suka gambaran- gambaran yang membantu aku dalam proses pembelajaran, hiks,
Misalnya drama korea 'I hear your Voice', fuh, aku memang sarankan semua tontoh ohh, berkisarkan tentang firma guaman dan dari drama itu, aku dapat bezakan antara prosecutor dan public defense. 

Mungkin itu antara sebab aku suka layan drama Cantonese dan drama Korea dan negara- negara lain yang berkaitan ,kah!

Dan aku tertanya- tanya jugak, ada tak mana- mana drama yang berlatarkan masyarakat dalam audit firm.

Best ohh,

Sini aku cerita.

Dalam Audit Firm, owner audit firm dipanggil sebagai partner.

dan dalam firm itu terdapat beberapa kumpulan. Setiap kumpulan, akan ada Senior auditor, auditor dan Internship. Dan setiap kumpulan akan pegang 8, 10 syarikat macam tu. 

Definisi Audit?

Auditing is determining whether recorded information properly reflects the economic events that occurred during the accounting period.

Aku bagi satu kisah ringkas.

Contohnya, syarikat ABC Bhd.

Shareholder akan melabur dalam syarikat tersebut dan mengapa mereka melabur? ouh yes, dengan tujuan untuk mendapatkan profit,

Tetapi kena ingat, mereka tidak menguruskan syarikat dan yang menguruskan syarikat ialah director, CEO dan so on.

Setiap tahun, akauntan syarikat ABC Bhd perlu menyiapkan financial statement untuk dibentangkan dalam AGM (Annual General Meeting) untuk mengetahu keadaan kewangan syarikat tersebut, banyak untung atau banyak mengalami kerugian?

Jadi, untuk memastikan ketelusan, selepas akauntan syarikat tersebut menyiapkan financial statement, mereka kena bagi external auditor untuk audit financial statement tersebut untuk mengesahkan FS itu realible atau tak.

Bare in your mind, fianncial statement yang sah dan benar ialah yang sudah diaudit External Auditor ye.

(Aku cerita secara ringkas saja dan banyak shortcut)

Then,
Waktu kelas audit, lect aku ada bertanyakan satu soalan cepumas

'Andai kata kamu intern di sebuah firma guaman, dan sudah pasti, kamu akan diletakkan dalam kumpulan yang tertentu. Misalnya, XYZ Bhd mengarahkan partner audit firm itu untuk ubah fianncial statement syarikat itu yang banyak mengalami kerugian menjadi keuntungan, dengan erti kata lain, untuk mengelakkan shareholder tidak tahu apa yang berlaku supaya mereka terus melabur dalam syarikat itu. Dan Partner audit firm itu mengarahkan Senior auditor (kumpulan yang memang sudah ditugaskan untuk menjaga FS syarikat XYZ Bhd) untuk buat fraud, dan kebetulan kamu sebagai intern, berada dalam kumpulan tersebut dan diarahkan senior auditor untuk berbuat demikian.

Apakah tindakan anda?

Dan soalan seterusnya, andai kata anda seorang senior auditor? apakah tindakan anda?

Menarik, ye dok? 

Dan aku tertanya ada lagi tak drama sebegini, ke aku yang perlu memulakan dengan mencipta sebuah cerpen berlatarkan sebegini, dah alang- alang aku memang di dalam bidang ini? kah!

geleng kepala merapu.

Ouh ya, waktu tengah bebel di sini, kak Fira tiba- tiba call nak inform assignment baru, lambat nau aku tahu sedangkan deadline dah dekat.

Herm, susah nak berbicara tentang komitmen ini, 

Ditambah, dengan orang ignorant macam aku, ye dok, kau pandang aku ignorant jugak ke? yang memang tidak berkebolehan dan tidak serius dan tidak berpengalaman dan bla bla bla, yang macam budak- budak, yang memang tidak bersungguh- sungguh,yang kurang membaca, yang tidak berfikir , yang tak mengkaji power- power macam diorang, yang idea sentiasa kosong yang tak join apa- apa dan yang bla bla bla

herm,




Selamat :)




Currently, tengah layan anime Cardcaptor Sakura, hiks!


Okay, babai!







2/10/2016

Memadam Sejarah


Karya yang tersingkap tunduk bersembunyi,
Memaling arah menahan ludah ludah sketsa yang tersiar gah di pentas raga,
Memadam sejarah.

Karya yang terlukis mendongak lesu ke arah langit,
Menyaksikan kanvas putih yang gah dihiasi palitan tujuh warna pelangi,
Memadam sejarah sekian sekali.

Karya yang tertulis menolak bait- bait tinta lagi,
Membiarkan resmi padi menunduk,
Membiarkan resmi lalang gah ditiup angin,
Memadam sejarah yang terungkap di sebalik tirai raksa.

Apa sejarah boleh nyah dari pautan memori,
Apa sejarah bisa sirna dari atma yang bersemi
Kerana sejarah masih bisa mendatangkan ibrah,
Walau sukar dihadam,
Walau sukar ditelan sezarah jadam,
Kerana sejarah bisa kekal bersemi,
Tanpa perlu menoleh untuk memadam sekian kali.

06022016/03.38am




Memijak Realiti


Dikau memijak realiti,
Leka,
Angkuh memayungi segala definisi,
Layu,
Dikau terkambus dalam sayup mimpi,
Berjalan tanpa arah masih bongkak,
Mengasak ruang demi ruang bersama titik penafian,
Membazir waktu,
Bahkan dikau perlu memijak realiti,
Perlu,
Supaya dikau mengerti rahsia di sebalik bayangan mimpi

03022016/11.49pm


 
© THIS IS YOURS!