TuneList - Make your site Live

5/22/2016

Persoalan tentang susah


Ramai jugak bertanya aku tentang bagaimana aku boleh menjadi 'gila' menghadap pekerjaan atau subjek yang susah.

Sebenarnya, ini bukan berkenaan untuk melihat pencapaian seseorang , semestinya tidak, ohh

tapi lihatlah apa yang dia hadapi untuk mencapai sesuatu.

Bohong dan gila lah kalau aku tak menangis keletihan atau seakan nak mental, kadang- kadang rasa nak hentuk kepala pun ada, tak campur dengan eye bag yang dah macam panda lagi macam macam lagi lah.

Aku rasa dah boleh lebih bilang dengan jari berapa kali aku berdrama sedih dalam bilik air, takpun nad (roomate yang tidur sebelah aku tiap- tiap malam) asyik keling keling aku sebelah dah kenapa lah mata aku basah macam orang putus cinta.

Kepala aku pun dah macam nak mental sebab dah lama tak balik Kedah,
 (ibu tahan tak bagi balik lagi dan suruh selesaikan apa yang patut diselesaikan, tssk ).

 Berat aku pun dengan jayanya turun beberapa kilo lagi, tapi takpa, aku suka berat turun, kahkahkah.

Tapi jangan lupa reward diri ye :)

Dan semestinya, telinga aku pun berdesing dengan komen- komen tentang hidup aku, contohnya

"Get a life, Iman! you should more active at outside ... bla bla bla"

tentang isu isu perjuangan.

takpun, tentang isu isu meibatkan aktiviti di universiti,

"Kau nak jadi mahasiswa strawberi ke? lembik?"

Yaya aku lembik dan aku mengaku.

herm

jangan lah tanya,

sis pun tiada jawapan, hiks

Apa pun, sis ada misi dan visi lain untuk dicapai, visi yang orang tak nak lalui sebab susah dan makan masa untuk hari hari pesta muda mudi.

Doakan ya!

Cheer! :)






Habis final exam


Paper far3 dah habis wohoooo, paper paling killer ohhhhhhhhh, panjang tak ohhh aku? Sebab sem ni aku banyak habiskan masa dengan far 3, ini bukan tentang fail (ya, aku tahu paper far 3 terkenal dengan ramai orang akan fail) tapi ini berkenaan sejauh mana kita mampu lakukan yang terbaik, ye dok?

Bercakap tentang kerja ini senang.

Andai kata kita memulakan sesuatu kerja, maka habiskan dan buat dengan terbaik.

tetapi,

Andai kata kita mula hangat- hangat tahi ayam dengan sesuatu pekerjaan, maka tinggalkan.

Ya, baik, prinsip aku kejam :(.. tssk

Okay, jadi aku dah plan beberapa aktiviti untuk cuti semester yang sedikit seciputtt ini (sebab aku mengada ambil shortsem, kononnya nak ringankan kredit long sem, )


Drama signal yeah! 

A mysterious walkie talkie allows a detective in 1989 to communicate with a cold case profiler from 2015; with the power of fore and hindsight the two not only solve crimes but prevent them from ever taking place. However a long standing murder case is closer to home than either realizes.


Drama misaeng, Incomplete oh yeahhhh :) 

Berkisarkan seorang lelaki yang melangkah ke kehidupan yang sebenar selepas sekian lama melarikan diri dari menghadap realiti.


Drama Gap Dong weeeeeee

Pembunuh bersiri yang psikopat 


Descendent of the Sun Horayyyyy!

Tentang kehidupan seorang lelaki yang bekhidmat sebagai 'special force'


Novel Flawed!

Ini novel, wakakaka, baru nampak muka buku,.

Selepas gigih download banyak drama korea yang power power (termasuklah download running man, ehh), maka dah boleh get ready nak balas dendam lepas bersusah susah selama satu sem.

Yeah!

Good night :)

Yang aku tengah merajuk sebab tertidur sebab keja pun selamat malam :)

 (Semoga mimpi kena ligan dengan digimon jahat, wakaka)








5/12/2016

My Clicks


Hari ni mood semacam nak uplod tentang my clicks dekat ubis wuuuuuuuuuu

Dan aku cuba upload turutan gambar dari semester 4 hinggalah semester 1 di uniKL Business School.

Sarah, Juliana dan Ikin ni boleh dikategorikan member gila gila dari sem 1 sampai sekarang, kelas memang tiap- tiap sem sama dan rumah sewa pun sekali (kecuali ikin sewa dekat level lain).

Dan selalunya aku banyak bajet selfie ngn sarah,kahkahkah.

My Clicks!

(Sem 4)

Steamboat le housemates :)

(Sem 4)

Posing dengan Sarah be likeeeeeeee,(Aku syak kalau aku pakai tudung bawal memang bulat)
 (Sebab Sarah suka posing bukan2, kahkahkah)

(Sem 4)

Kelas finance terakhir ditutup tirai bersama selfie dengan sarah :)

(Sem 4)




Finally, ada jugak ada gambar proper dengan Sarah, wakaka, tskk terharu

(Sem 3)

My Classmates!!

(Sem 3)

Pergi Port Dickson pun memang wajib kena selfie dgn Sarah ye dok, wakakaka

(Sem 2)



Roses with my clicks!!!!  (Again, Sarah dan posing anehnya, haha)

(Sem 2)

My Classmates! (Muka baik lagiiiiii,wakakaka)

(Sem 1)


Selfie with Jueee yang pandai masak kebabommm

(Sem 1)


Program di Shah Alam dan bergambarr dengan Nadiaaa Syasabilaaaaaaa (Classmates)

(Sem 1)


Selamat malam semua!

Ada lagi 4 semester untuk dilalui!

Wish us luckkkkkk










Memori yang terpadam


Selama 21 tahun aku bernafas, aku jarang peduli dengan kewujudan memori dan selalunya, aku akan nyahkan setiap memori yang ada.

Bilamana semua orang seronok mengimbas kembali memori pada waktu sekolah menengah, serius aku cakap, aku tak peduli apa memori yang aku cipta pada waktu tersebut.

Dan aku sendiri tidak percaya pada  istilah 'kawan baik' walaupun memang wujud istilah sebegitu kerana aku percaya, setiap fasa dalam kehidupan, sukar untuk seorang kawan berada di samping kita dan semestinya, aku digelar sombong kerana kepercayaan yang aku pegang.

Tetapi,

Saya sentiasa ada andai kata anda anda semua perlukan saya :)

Dan kebelakangan ini, aku agak tersentuh dengan suatu memori, kahkahkah

Ajaib untuk suatu memori yang berpusing indah dalam alunan kotak memori yang sentiasa aku cuba nyahkan :)


 
© THIS IS YOURS!