TuneList - Make your site Live

1/31/2016

Persoalan Pertama, Kedua dan Ketiga


Persoalan pertama, mengapa aku kejar jugak pointer, dan bla bla bla padahal aku sendiri anti dan tidak suka sistem peperiksaan.

Padahal, kerana sistem ini, aku lambat sedar apa yang aku nak dalam hidup (Aceh, dah pandai menyalahkan sesuatu)

Mungkin kerana harapan daripada ibu bapa, kau ingat senang mereka bersusah payah memerah keringat siang dan malam semata- mata untuk melihat anak- anak mereka dapat pendidikan yang cukup.

Aku boleh kategorikan pointer, keputusan peperiksaan dan bla bla bla dalam skop kuantiti.

Untuk skop kualiti, bergantung sejauh mana proses dan cara kita berfikir.Bagaimana kita hendak mengaplikasikan pemikiran kepada sesuatu yang berguna. Yalah, kalau kau tidak cuba berfikir, segala kuantiti itu hanya akan menjadi sia sia dan tidak berguna. ye dok.

Sekurang- kurangnya dapat melihat ibu dan pa tersenyum dan berasa tidak sia- sia bersusah- susah untuk kebaikan anak, perasaan itu lain tau.

Memanglah ukuran kualiti dan kuantiti itu ada perbezaannya, tetapi bukan semua benar-benar memahami, dan bahkan masing- masing ada konotasi dan definisi sendiri wahana untuk memahami. ye dok.

Dan ada jugak yang memang tidak memahami.

Siapa kita untuk menghakimi dan mengadili? Bukankah manusia sentiasa belajar untuk menjadi yang lebih baik?

Sabar dan cuba memberikan peluang :)

Baru balik KL tapi dah homesick.

Dan aku memilih untuk menghabiskan cuti seminggu Raya Cina di Kedah dari terperap di KL.

Noktah tanpa jeda.





Masa Lapang


Waktu semester 3, kelas aku ada untuk 4 hari dan cuti 3 hari.

Waktu semester 4, kelas aku ada untuk 3 hari dan cuti sebanyak 4 hari.



'pishang'



'bosan'




Aku ada minta pendapat Sunbae, apa yang perlu aku lakukan selama empat hari dan klise, dia menjawab,

"Study dan siapkan assignment"

Herm

Dan aku hanya mampu membalas

 "Sebagai seorang pelajar, Sunbae memang guna sepenuhnya empat hari untuk study dan buat assignment?"

Dan dia diam, yeah, aku menang. hahah.

Semestinya, aku tidaklah rajin sangat untuk melakukan perkara yang semestinya berilmiah (tersebut) tetapi, aku rasa untuk tahun baru,aku perlu buat satu pembaharuan, bukan melakukan perkara yang sia- sia.


(Macam nak cakap tahun 2015 aku banyak membuang waktu, herm, agaklah, dan aku mengiyakan)

Hesh, keluh kesah argh.

Sebenarnya, untuk malam yang sunyi sepi yang mana aku menghabiskan waktu tonton drama Cntonese, Korea, Jepun dan mana- mana negara yang terlibat, pandangan aku ada teralih kepada koleksi- koleksi buku yang belum terbaca lagi atas meja.

Argh,

Kalau tiada tindakan bagaimana ada perubahan kan?

Dan aku menoleh merenung luar jendela dari tingkat 19, sememangnya, menulis untuk diri ada kepuasan sendiri (kosa kata dan susun atur ayat makin teruk kerana kurang membaca)

Ke aku silap?

hahah.

Cool

Jangan takut akan kesilapan, selagi ada peluang untuk dibetulkan, mari cuba betulkan.

Ye dok

Dan aku mula terfikir sebab musabab aku mula menulis sewaktu umur 7 tahun dahulu.

Blank.

Sigh.



Selamat malam perkara- perkara yang mengelirukan. :)




1/30/2016

Sesetengah perkara


Ada perkara yang kita sendiri tidak fahami, semestinya, kerana setiap kefahaman memerlukan proses yang tertentu.

proses : pengalaman

Kerana aku mungkin masih lagi tidak memahami, jadi aku membiarkan proses itu berjalan, tidak kisahlah betapa dangkalnya aku sekarang, kerana daripada setiap proses,yang dangkal pun mampu berubah menjadi lebih baik.

ye dok.

Aku cuba membuat kira- kira dan mendalami isu ini dengan lebih mendalam, sama ada keputusan kali ini ada berkait dengan emosi kekecewaan atau tidak,

Sebenarnya aku rasa ya. berkait.

Dan aku yang dangkal ini masih membiarkan proses itu berjalan, jangan takut akan kesilapan, kalau tidak kerana kesilapan, kau tak akan nampak jalan- jalan cahaya yang membawa seribu kefahaman.

Ye dok.

Dan aku masih tidak nampak jalan kenapa aku perlu memberikan komitmen lagi, biarlah yang dangkal ini belajar berjalan sendiri mencari cahaya yang perlu dilalui.


:)





1/24/2016

Potensi dan Minat


Result semester 3 baru keluar dan Alhamdulillah, mencapai target (Jadi, tak sia- sia mata berpanda selama hampir dua minggu)

Tetapi sebenarnya, entahlah, pada pendapat aku, sistem sebegini buat aku sedar lambat apa yang aku nak dan apa yang aku minat untuk belajar.

Dari UPSR, PMR dan SPM, aku main hantam belajar tanpa berfikir apa yang aku ingin betul- betul belajar sebenarnya.

Aku masih ingat lagi hari pertama kelas untuk Tingkatan 4, tanpa keinginan untuk meneliti betul- betul kemampuan aku, aku main taram pilih jurusan sains, padahal, kali pertama aku buka buku Biologi, aku sendiri bermonolog,

'tak minat'.

Kesalahan aku yang pertama pada waktu itu ialah, aku ambil mudah dan tidak peduli apa keinginan yang aku nak, lebih cenderung masuk kelas mengikut kawan, okay tak matang.

Dan baru aku sedar, sebenarnya, dalam kepala otak aku, aku langsung tiada universiti impian, kah!

Aku ingat lagi waktu itu Tingkatan 2 ke 4 tah, aku pergi lepak di bilik kaunseling, dan kaunselor aku pergi tanya pulak universiti impian.

Aku rasa waktu itu aku termangu kejap, blur. kosong.

Sampaikan lah kaunselor aku cakap, anak dia ada sambung study di UIA, dan UIA ialah antara universiti tercantik di Malaysia.

Okay set! Memandangkan aku suka kemas- kemas cantik ni, aku set dalam minda untuk masuk ke UIA,

Kerana apa?

Kerana universiti yang tercantik di Malaysia. Kah!

Jurusan?

~Entah, nanti dah sampai masa fikir lain.

(Sebenarnya, cita cita aku pun tidak tetap, dari doktor, penyanyi, polis, peguam, pharmacist, archeologist, penulis, bla bla bla)

***

Dipendekkan cerita, aku tak dapat masuk UIA,hahah.

Dan potong- potong semua tawaran yang ada, berlaku permasalahan antara dua.

1. USM (Dengan biasiswa mara)
2. USIM (Waktu asasi ada elaun, Ijazah PTPTN)

Nama universiti macam lebih kurang sama ja kan, tapi, dari sini, kerana permasalahan aku yang tidak tahu apa hala tuju hidup aku, Dengan cita- cita yang asyik berubah, aku masih lagi dengan benak pemikiran yang tidak matang untuk mengikut kawan.

Dan aku pilih USIM.

Aku boleh bayangkan betapa kusutnya parent aku waktu itu dengan keputusan aku yang terlampau terburu- buru dan tidak berfikiran jauh.

Ayah aku siap duduk semeja dengan aku cerita elok- elok kepentingan biasiswa dan tahu tak apa yang aku balas?

hahah

"Orang lain ambil PTPTN relax ja, kenapa along tak boleh pulak?"

 Nahhh, Garu kepala ayah aku dengan jawapan aku waktu itu.

Aku sebenarnya tak tahu kenapa bengap sangat aku keluar statement macam itu dulu dan aku sendiri tak tahu nak salahkan diri sendiri atau tak sebab dari kesilapan aku, aku banyak belajar cara untuk membaiki semula kesalahan yang pernah aku lakukan. Dari situ, aku mula belajar betapa pentingnya biasiswa, pengurusan kos hidup dan sebagainya.

Aku syak parent aku pun takut dengan setiap keputusan aku sebab selalunya, keputusan aku sentiasa berputar paksi 360 darjah, 'unpredictable' dan agak menakutkan.

Lepas tamatnya asasi di USIM, aku mula sedar betapa pentingnya untuk mengenali potensi dan kemampuan diri supaya bila belajar, tak rasa malas, gelisah dan resah.hiks

Dari situ, aku mula sedar beberapa perkara

-Aku kurang gemar exam subjek membaca
-Aku tak suka belajar terlampau banyak subjek yang tidak relate dengan jurusan yang aku minat
-Aku lagi gemar subjek yang memerlukan pengiraan dan kemahiran menganalisis
-Tak suka peraturan yang melampau
-Tidak suka orang mengatur pengurusan masa aku

Dan, selepas tamatnya asasi, sementara menunggu tawaran untuk kemasukan ijazah pula, aku rasa otak aku tiba- tiba cerah dan jelas untuk beberapa perkara. Aku mula memasang azam untuk memulakan semula dan cuba betulkan balik apa yang aku salah pada masa lalu.

Aku ingat lagi waktu itu, ibu baru mamai- mamai bangun dari tidur siang, aku masuk bilik terus duduk atas katil tanpa muka bersalah.

"Ibu, along tak mau stay USIM dah"

"Kalau takmau USIM, nak masuk mana?"

"UNIKL? Accounting? Balik kepada Mara?"

Arh, sudah, aura kus kus terbalik 360 darjah aku datang balik. Tapi, aku bersyukur, parent aku masih lagi sokong dengan setiap keputusan aku, Aku bersyukur mereka sentiasa bagi peluang untuk aku belajar dari setiap keputusan yang pernah aku ambil.

Aku mula sedar, betapa pentingnya untuk kita mengenal pasti apa yang ingin kita lakukan sebab perasaan belajar sesuatu yang diminati ini lain tau.

Serius.


Betul- betul serius. Jangan ambil mudah tau!






1/19/2016

Sekurang- kurangnya


Harapan merupakan salah satu pemangkin ataupun 'catalyst' untuk manusia melangkah bagi menghadapi setiap ranjau kehidupan yang perlu mereka hadapi.

Frasa 'sekurang- kurangnya' kalau dipandang atau dicakna dengan lebih mendalam, sebenarnya terselit perkataan harapan untuk memberi nafas baru lagi kepada manusia.

'Sekurang- kurangnya' kita melakukan itu dan ini.
'Sekurang- kurangnya' kita melangkah
'Sekurang- kurangnya' kita berjuang
'Sekurang- kurangnya' masih ada sinar
'Sekurang- kurangnya' masih ada lagi yang boleh diselamatkan.

Sebagai manusia yang menggalas pelbagai peranan, berapa kerat yang boleh memberi jaminan bahawa kerja yang mereka lakukan itu sempurna?

Sebagai seorang pelajar, berapa kerat yang mampu bangun dengan gah bersuara mereka mampu menjadi pelajar yang benar- benar mengaplikasikan ilmu kepada jalan yang benar?

Ataupun peranan seorang anak, berapa ramai anak yang mampu memberi jaminan mereka benar- benar akan menjadi anak yang soleh dan solehah dan tidak pernah menyakiti hati ibu bapa?

Ataupun lagi, sebagai seorang pejuang, berapa ramai yang berani bangkit berkomentar mereka mampu menyelamatkan dunia daripada semua kegilaan ini?


Sejauh mana?
Sejauh mana jaminan yang mampu kita tawarkan?

Manusia mungkin tidak mampu memberikan jaminan kesempurnaan, tetapi, sekurang- kurangnya, mereka boleh melakukan dengan terbaik, mereka boleh berusaha mengubah apa yang mampu diubah, mereka boleh melaksanakan tanggungjawab dengan semua kudrat yang mereka miliki.

Sekurang- kurangnya daripada 10 markah, mereka boleh memperoleh 8 markah
Sekurang- kurangnya, daripada 100 gelandangan, mereka boleh memberi nafas baru kepada 50 gealandangan.
Sekurang- kurangnya, ibu bapa masih lagi tersenyum melihat anak anak yang tidak putus putus berusaha memberikan perhatian yang terbaik kepada mereka
Sekurang- kurangnya, mereka boleh belajar separuh daripada tidak dapat kesemuanya.

Hilang frasa 'sekurang- kurangnya', kegilaan makin bercambah, sirna segala harapan untuk setiap manusia mengorak langkah ke depan.

Sekurang- kurangnya, tidak sampai 10 langkah ke hadapan, masih berjaya menakluki 8 langkah.

Usaha yang tidak putus memberi 'indicator' atau 'pelaras' untuk mereka- mereka yang sedang berusaha berjuang, berusaha memberikan yang terbaik kepada tanggungjawab dan peranan yang perlu digalas.

Kudrat manusia mempunyai limitasi, tetapi, sekurang- kurangnya, segala kudrat yang ada diguna pakai untuk mencapai matlamat yang ingin dimiliki.


Jangan berhenti melangkah, Sekurang- kurangnya, masih ada harapan untuk semua manusia untuk mengubah menjadi yang terbaik dan terus menggapai apa yang terbaik.

Sekurang- kurangnya.

Sekurang- kurangnya.





1/01/2016

Equity


Hyep

Sebenarnya, untuk perkara yang berlaku baru baru ini, aku tak ingin berkomentar banyak kerana kekurangan ilmu.

Tapi,
Aku ada ambil subject commercial law (sem 2)

Dan ada satu subjek lg corporate law untuk sem 5,

Tapi, sebab aku selalu tidur dalam kelas law, kah!

Aku ambil siap2 subjek corporate law untuk sem 3 ( baru habis final exam corporate law beberapa hari yang lalu )

Haha, tak lah, sebenarnya, untuk ringankan beban waktu sem 5 nanti saja, alang alang aku menggatal ambil shortsem, aku tarik siap2 semua subjek yang perlu untuk meringankan beban semester akan datang. Dan atas nasihat advisor aku, dia sarankan semua advisee register corporate law. Gitu.

Okay, back to subject.

Tak silap aku, pada hari pertama aku masuk kelas law, (waktu itu semangat kus kus sem baru, jadi agak fokus)

Lect aku ada kata dalam law ada penambahan perkataan 'equity' yang membawa maksud 'nilai murni'. Maksudnya law + equity.

(Aku menerangkan secara ringkas)

'Equity' yang membawa maksud nilai kemanusiaaan dan undang undang tetap undang undang.

Dalam definisi law, yang menggabungkan

-issue
-rules
-sanctions
-written control

Maksudnya, aah, undang undang tetap undang undang, tetapi, apabila ada penambahan 'equity', maksudnya nilai nilai kemanusiaan juga akan dipertimbangkan.

Misalnya,

Seorang wanita mencuri di pasar kerana ingin membelikan makanan untuk anaknya yang kecil.

Dari situ, undang undang akan mempertimbangkan 'equity' di situ.


Dari sini, aku yakin, masih ada lagi 'equity' yang aku belajar dalam kelas.


Eyh kejap, apa yang aku ceritakan tadi itu hanya lah secara umum, tak betul betul mendalam kerana kekurangan masa dan malas, hiks.

Okay, selamat :)



 
© THIS IS YOURS!